• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Penuh Kesayuan, Ini Yang Berlaku Ketika Konsert Doa Buat Zamani

Konsert Doa Buat Zamani berlangsung dengan berjaya bersulam rasa sayu para penonton yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur pada malam Jumaat baru-baru ini bagi menyaksikan persembahan Zamani Ibrahim.

by Arsiqin Yusof
October 3, 2022
Share on Facebook

Konsert Doa Buat Zamani berlangsung dengan berjaya bersulam rasa sayu para penonton yang hadir ke Zepp Kuala Lumpur pada malam Jumaat baru-baru ini bagi menyaksikan persembahan Zamani Ibrahim.

Konsert anjuran Indera Entertainment itu menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mencemar duli hadir untuk menyaksikan persembahan Zamani.

Dihadiri 2,000 Penonton

Secara keseluruhan, kira-kira 2,000 penonton hadir memenuhi ruang acara bagi menghayati persembahan terakhir penyanyi berbakat besar itu sebelum dia menjalani pembedahan tulang belakang yang dijadualkan pada awal November depan.

Bagi Murai MY, malam itu sememangnya dipenuhi rasa sebak kerana siapa sahaja yang tidak tahu tentang keadaan kesihatan Zamani yang tidak sama seperti dulu. Meskipun begitu, semangat yang kuat jelas terpancar kerana bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu mampu masih mampu melontarkan vokal dengan sebaik mungkin.

Persembahannya malam itu dibuka dengan lagu hit kegemaran ramai iaitu Kurnia diikuti Syair Si Pari-Pari, Entah Mengapa, Kala Hujan dan tentunya lagu ‘menyegat’ kumpulan Slam, Gerimis Mengundang.

Konsert tersebut turut menampilkan tiga penyanyi jemputan iaitu Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof yang menambah warna sepanjang acara berlangsung.

Zamani & Fauziah Latiff

Doa Buat Zamani

Kalau sudah namanya begitu, maka tidak lengkaplah konsert ini jika tiada segmen khas untuk orang ramai menadah tangan mendoakan kebaikan buat Zamani. Penyanyi dan komposer Fitri Haris diundang ke atas pentas untuk mengetuai bacaan doa. Suasana Zepp KL diterpa perasaan hiba dan harapan melangit agar Allah SWT memakbulkan doa yang dipohon ribuan manusia pada malam itu.

Zamani memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada persembahannya malam itu. Dia juga tidak lupa megucapkan terima kasih kepada para peminat yang telah memberikan sumbangan dan tidak putus mendoakan tahap kesihatannya.

“Minta maaf jika nyanyian saya tak sampai atau tersalah atas faktor kesihatan saya. Harap semua faham, persembahan malam ini santai-santai saja dan harap semuanya terhibur.

“Saya sangat terharu dengan sumbangan yang diberikan peminat, kiriman doa daripada anda pun sudah cukup bermakna untuk saya.

“Doakan pembedahan saya nanti berjalan lancar, saya akan terus menyanyi untuk anda semua, Insya-Allah,” katanya.

Zamani

Kemunculan Aznil

Mungkin ramai yang tahu tentang usaha murni pengacara tersohor Datuk Aznil Nawawi yang sebelum ini berjaya mengumpul dana melebihi RM100,000 bagi membantu kos pembedahan Zamani dan kelangsungan hidupnya selepas itu.

Selebriti berjiwa luhur itu meneruskan usaha apabila tampil di pentas konsert berkenaan dan membuat lelongan beg jenama mewah miliknya yang bernilai RM14,000 untuk meneruskan usaha mengumpul wang bantuan kepada Zamani.

Tidak lama selepas Aznil membuka lelongan, beg itu dibeli oleh Fitri Haris pada harga RM15,000.

Kami di Murai MY mendoakan agar pembedahan penyakit Skoliosis yang dihadapi Zamani berjalan lancar dan selamat. Semoga Allah SWT mempercepatkan proses kesembuhannya agar dapat lekas kembali memeriahkan industri hiburan tanah air. Amin…

https://lomp.at/iwof8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Destinasi

WinterFest Hong Kong: Terokai Keajaiban Musim Sejuk Untuk Percutian Akhir Tahun Anda!

by Aphit J.
November 16, 2025

Jika anda mencari destinasi akhir tahun yang penuh magis, Hong Kong WinterFest 2025/2026 ialah pilihan yang sempurna. Dari 14 November...

Read more
Foto - @missmynah (IG)
Indonesia

Padam Gambar & Saling ‘Unfollow’ Di IG, Ameera Khan-Jefri Nichol Rasmi Berpisah?

Adakah hubungan cinta romantis antara pempengaruh fesyen Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol berakhir untuk kali keduanya? Kebelakangan ini,...

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Berita

[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”

Model dan pelakon, Sharifah Haneesya meluahkan rasa terharu apabila dapat bertemu dan bekerja dengan salah seorang pelakon hebat, Nabila Huda,...

Read more
by Naddy Joe
November 25, 2025
Lokal

Aisha Retno Pengsan Di Belakang Pentas Akibat Serangan Panik, Enggan Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi bersuara lunak, Aisha Retno mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya tiba-tiba pengsan akibat serangan panik di belakang pentas sewaktu pentas...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Musik

Konsert Artis Seberang Makin Sendu? Kini Nasyid Pula Naik Takhta!

MURAI perasan satu fenomena pelik tapi menarik akhir-akhir ini. Konsert nasyid makin laku keras, siap hampir sold out! Baru-baru ini...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    Fazura Dedah “Pantang No.1” & Pet-Peeves Dalam Kehidupan Seharian: “Kalau Kena Duit Dia, Sebiji Coklat Pun Tak Sanggup!”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore