Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Penyanyi Pertama Jadi Adun! Altimet Menang Bergaya Di Lembah Jaya

by Aphit J.
August 13, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Altimet menepati ramalan apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 yang berlangsung pada Sabtu.

Menewaskan Calon PH

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang bertanding menerusi kerusi Pakatan Harapan (PH) menewaskan calon Perikatan Nasional (PH) Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Menurut My Metro, Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320. Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian.

Adun Lembah Jaya menyaksikan seramai 65,650 keluar mengundi bagi PRN kali ini.

Penyanyi Pertama Bergelar Adun

via The Star

Kemenangan Altimet sekali gus menjadikan dia sebagai penyanyi pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Untuk rekod, Altimet secara rasmi mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi pada ulang tahun kelahirannya yang ke40, lima tahun lalu.

Bagaimanapun Altimet tetap aktif menulis lagu untuk penyanyi lain selain mengadakan konsert terakhirnya iaitu The Last Altimet Show pada Februari 2019.

Sejarah Kareer Altimet

via The Vibes

Altimet memulakan karier seni dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew pada 1999 yang turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquentional.

Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama iaitu TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How’s The Level? (2002) dan What’s Next? (2004).

Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo dan pernah menghasilkan empat buah album iaitu First Among Equals (2007), Kotarayaku (2014), Air (2018) dan O (2018).

Terlibat Dengan Politik

via FMT

Menurut My Metro, Altimet menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2021.

Sebelum ini pelakon Datuk Dira Abu Zahar atau Khaidhirah Abu Zahar pernah menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Melaka.

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia

Untuk rekod, antara anak seni lain yang pernah bertanding dalam PRU15 adalah Datuk Jurey Latiff, Datuk Eizlan Yusof, Dr. Ahmad Idham dan Lando Nawawi namun kesemua mereka tewas.

Penyanyi Datuk Aishah pula pernah bertanding dan tewas di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada PRU13.

Nasib sama diterima penyanyi Herman Tino yang bertanding di Parlimen Tanjung Karang, Selangor atas tiket bebas termasuk penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang mewakili PKR pada PRU13.

altimet
https://lomp.at/1tq8l
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara