Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu! Empat Live in Kuala Lumpur 2025: Konsert Bersejarah Empat Vokal Unggul Negara

by Aphit J.
June 15, 2025
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Tanggal 18 Oktober 2025 bakal menjadi malam penuh makna apabila empat figura seni tanah air—Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel—bersatu di pentas Empat Live in Kuala Lumpur 2025 di Mega Star Arena.

Sambutan Luar Biasa

via OPR Network

Konsert yang dibawakan oleh Anuar Zain Network bersama Altus ProHouse ini menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat, dengan hanya 15% tiket kategori Diamond dan VIP masih berbaki sejak penjualan dibuka 25 April lalu.

Empat penyanyi ini giat membuat persiapan fizikal dan mental untuk memberikan persembahan terbaik.

Sze Wan, selaku Pengarah Muzik, menyifatkan konsert ini sebagai gabungan perjalanan muzik Malaysia dari era klasik hingga moden.

Menyatukan empat vokal hebat ini bagaikan mencantum puzzle.

Ia menuntut keseimbangan dari susunan muzik hingga persembahan individu.

Perancangan Sejak 3 Tahun Lalu

via OPR Network

Jennifer Thompson, Pengarah Konsert, menjelaskan perancangan telah dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, gabungan empat suara dengan gaya unik masing-masing akan mencipta momen istimewa yang tidak boleh didapati di tempat lain.

Anuar Zain menyifatkan konsert ini sebagai peluang mencipta kenangan manis bersama peminat.

Ziana Zain pula terharu dengan sambutan luar biasa, menyatakan konsert ini bakal menjadi fenomena keluarga seni.

Detik Bersejarah Dalam Muzik Tanah Air

via OPR Network

Ernie Zakri dan Syamel turut menganggap ia sebagai malam bersejarah yang penuh emosi dan cinta terhadap muzik tanah air.

Disokong oleh Westin Kuala Lumpur sebagai hotel rasmi, konsert ini menjanjikan malam magis buat peminat.

Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my/empatkl, dengan kemudahan bayaran secara ansuran melalui Atome dan SPayLater.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan sejarah tercipta – Empat Live in Kuala Lumpur 2025!

Ziana Zain Kehilangan Bapa Tersayang, Dedah Arwah Pernah Jahit Baju & Jadi Pengurus Tak Rasmi Sejak Awal Kerjaya
anuar zainernie zakrisyamelziana zain
https://lomp.at/21rjo
Share20Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara