Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

by Phic ARMAN
February 26, 2026
Share on Facebook

Akhirnya rasmi! Terdahulu MURAI  ada kongsikan artikel tentang 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza. Kini kita bahaskan perbandingan iPhone 17 Pro pula.

S26 Ultra kini dilancarkan di Malaysia dengan harga RM6,799 untuk varian 12GB RAM + 512GB. Dan seperti dijangka, ia terus jadi topik panas peminat tech. Dalam masa sama, iPhone 17 Pro yang dilancarkan September 2025 juga belum habis diperkatakan.

Persoalannya,  kalau duit sendiri nak keluar dari poket, mana satu lebih berbaloi? Jom MURAI cerita santai-santai, kita banding satu per satu.

Rekaan & Skrin: Nipis Lawan Elegan

Apple tampil berani dengan rekaan baharu untuk iPhone 17 Pro. Bezels makin nipis, badan setebal 8.75mm dengan berat 204g. Warna pula ada Silver, Cosmic Orange dan Deep Blue, memang minimalis, premium dan “very Apple”.

Samsung pula? Dia tak tukar identiti. Rekaan masih lebih kurang sama, kemas dan S Pen tu wajib ada. Tapi tahun ni paling nipis dalam sejarah Ultra hanya 7.9mm. Rasa solid, rasa mahal, rasa “aku flagship”.

Bab skrin, Samsung bagi 6.9 inci LTPO AMOLED 120Hz. Warna padu, hitam pekat, dan lebih imersif sebab saiz lebih besar.

Apple hadir dengan 6.3 inci Super Retina XDR 120Hz, resolusi 1206×2622 piksel dan kepadatan 460 ppi. Cantik? Ya. Tajam? Memang. Tapi dari segi pengalaman visual luas dan adaptif, Samsung ada kelebihan sikit.

Plot twist paling menarik? Samsung perkenal Privacy Display,  ciri yang sembunyikan kandungan skrin dari pandangan sisi. MURAI rasa ni sesuai untuk yang selalu buka WhatsApp dalam LRT tapi tak nak jiran sebelah jadi pembaca tegar.

Samsung perkenal Privacy Display

Prestasi: Snapdragon VS A19 Pro

Di bawah “bonnet”, kedua-dua ni bukan calang-calang.

Selain 'Privacy Display', Ini 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza

S26 Ultra guna Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama Android 16 yang lebih padu dengan Galaxy AI. Fokusnya pada multitasking berat dan integrasi AI dalam sistem.

iPhone 17 Pro pula hadir dengan cip A19 Pro yang dipadankan dengan iOS 26. Apple memang terkenal dengan pengoptimuman tenaga dan prestasi konsisten jangka panjang.

Atas kertas, kedua-duanya monster. Cuma untuk tentukan siapa paling laju dalam dunia sebenar, kena tunggu ujian penggunaan harian. MURAI tak nak cakap lebih-lebih sebelum pegang sendiri.

Kamera: Realistik VS Fleksibel

Bab kamera memang medan perang sebenar.

S26 Ultra tampil dengan:

  • 200MP utama
  • 50MP ultra-wide
  • 10MP telefoto 3x (OIS)
  • 50MP periskop 5x (OIS)
  • 12MP kamera depan
  • Siap boleh sampai 100x Space Zoom.

iPhone 17 Pro pula guna tiga sensor 48MP (wide, telefoto, ultra-wide) dan kamera depan 18MP.

Apple masih dikenali dengan warna yang lebih natural dan hasil low-light yang konsisten. Tapi Samsung bagi lebih fleksibiliti dan detail tinggi.

Dengan AI Photo Assist, pengguna boleh buang objek tak diingini, laras pencahayaan dan “regenerate” gambar. Ada juga Circle to Search untuk kenal pasti objek dalam gambar terus.

MURAI boleh simpulkan macam ni,  Apple ambil gambar yang “true to life”. Samsung bagi kuasa untuk anda jadi pengarah sendiri.

Bateri: Siapa Tahan Lama?

Samsung masukkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 60W wired dan 25W wireless. Dakwa boleh capai 75% dalam 30 minit.

Apple jarang dedah kapasiti sebenar, tapi dengan kecekapan iOS dan A19 Pro, ia boleh tahan sehari penggunaan biasa tanpa masalah.

Namun dari segi angka dan kelajuan pengecasan, Samsung lebih agresif. Kalau jenis travel selalu atau heavy user, S26 Ultra nampak lebih praktikal.

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

Jadi, Mana Lebih Berbaloi?

Kalau anda mahukan skrin besar, pengecasan laju, zoom gila-gila dan fungsi AI kreatif, S26 Ultra memang menggoda.

Kalau anda utamakan kestabilan ekosistem, warna kamera yang konsisten dan pengalaman iOS yang lancar, iPhone 17 Pro masih sukar ditandingi.

Akhirnya semua kembali kepada gaya hidup dan keselesaan masing-masing.

MURAI cuma nak pesan, jangan beli sebab trend. Beli sebab keperluan. Flagship mana pun, kalau sesuai dengan cara guna kita, itu yang paling berbaloi.

ApplegalaxyGalaxy S26 UltraS26 ultrasamsung
https://lomp.at/3eb3g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Gambar: @ZUS Coffee PD Waterfront
LifeXplore

[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing

by Farah Fatihah
January 27, 2026

Biasanya kita lihat ZUS Coffee terletak di dalam mall, kawasan pejabat, atau di tepi jalan yang sibuk dengan orang bandar....

Read moreDetails
Foto - indonesiaberbagi.id
Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya. Bulan Ramadan untuk tahun ini...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore