• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Petua Jaga Rambut Ala Selebriti Korea, Yang Penting Buat Di Rumah Saja!

by Soph Azz
May 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Selain daripada selebriti Bollywood, Miss Murai memang jatuh cinta dengan rambut selebriti Korea. Bukan apa, walaupun mereka suka tukar-tukar penggayaan, rambut mereka tetap nampak sihat dan cantik!

Dan khasnya untuk kali ini, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu beberapa petua yang sering diamalkan oleh selebriti Korea ini ketika menjaga rambutnya.

Psst… Kamu boleh cuba petua ini dan amalkannya dari rumah saja tau!

CL: Hair Mask 

Tak ramai yang tahu betapa pentingnya untuk kita menggunakan hair mask. Seperti CL, penyanyi ini sering menggunakan hair mask sebanyak sekali hingga dua kali seminggu untuk menjaga keadaan dan mengekalkan kilauan rambutnya.

Foto – Pinterest

Lebih-lebih lagi bila rambut yang sering diwarnakan dan digayakan dengan suhu yang tinggi, hair mask dapat membantu rambut menjadi lebih sihat!

SNSD Tiffany: Sunscreen Rambut 

Selain daripada kulit wajah dan badan, rambut kita pun berpotensi untuk rosak dengan cepat akibat cahaya matahari.

Foto – Pinterest

Bagi Tiffany, dia akan melindungi rambutnya daripada kerosakan matahari dengan menggunakan sunscreen khas untuk rambut. Katanya rutin ini membuatkan rambutnya nampak lebih sihat dan ‘hidup’.

Park Shin Hye: Tidur Dengan Rambut Yang Kering

Park Shin Hye sentiasa memastikan rambutnya betul-betul kering sebelum tidur. Ini kerana bila kita tidur dalam keadaan rambut yang basah, rambut akan jadi lebih cepat putus apabila berlaku geseran.

Foto – Pinterest

Apabila rambut basah, kulit kepala akan jadi lembap dan memudahkan pembiakan bakteria yang menyebabkan masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Girls’ Day Yura: Pilihan Syampu & Perapi Yang Betul 

Foto – Pinterest

Kata ahli Girls’ Day iaitu Yura, penting untuk kita tahu syampu dan perapi apa yang sesuai dengan kulit kepala kita. Baginya, dia akan memilih syampu dan perapi yang diformulasikan untuk rambut rosak kerana itu masalah utama rambutnya.

Song Hye Kyo: Guna Alat Rambut Yang Berangin Sejuk 

Untuk pengetahuan kamu, udara panas daripada alat rambut seperti pengering dan pelurus boleh membuatkan rambut jadi rapuh dan cepat rosak.

Foto – Pinterest

Jadi Song Hye Kyo akan gunakan pengering rambut dan laraskannya pada suhu paling rendah untuk mengeringkan rambut dengan cepat. Bukan itu sahaja, rambut juga dapat dikekalkan kilauannya, kelembapan dan gaya rambut dapat tahan dengan lebih lama.

Selamat mencuba!

cara jaga rambutPark Shin Hyesong hye kyotips artis koreatips jaga rambut
https://lomp.at/p4nfw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore