Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pitam Selepas Konsert GenKRU The Finale, Edry Abdul Halim Luah Mahu Berehat

by Nurul A.
November 24, 2025
Foto - @edryabdhalim (IG)

Foto - @edryabdhalim (IG)

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Sabtu (22 November 2025) lepas, kumpulan KRU yang terdiri daripada tiga bersaudara iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim telah berjaya menggegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil dengan persembahan yang cukup bertenaga di hadapan hampir 12000 penonton yang hadir.

Konsert GenKRU The Finale: One More Time itu merupakan konsert kelima untuk tahun ini selepas empat penganjuran terdahulu di Axiata Arena Bukit Jalil mendapat permintaan luar biasa peminat.

View this post on Instagram

Melihatkan kejayaan besar untuk kumpulan KRU, Edry Abdul Halim tampil memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya, menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminat mereka.

“Terima kasih peminat yang datang menyokong GenKRU Finale malam tadi (Sabtu). Ia satu pengalaman yang menakjubkan bagi kami dapat berada di atas pentas sekali lagi untuk anda semua.”

View this post on Instagram

Namun, hantaran tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila Edry berkongsi bahawa dirinya telah pitam dan mengalami kekejangan selepas tamat konsert tersebut.

“Memberikan tenaga 100% sehingga lagu terakhir, sampai ke belakang pentas terus pitam dan kekejangan. Alhamdulillah ada pasukan kecemasan yang membantu pulih dengan segera.”

View this post on Instagram

Berdasarkan hantaran tersebut, Edry memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan berada dalam fasa pemulihan selepas insiden tersebut berlaku.

“Berada di rumah di KL (Kuala Lumpur) sekarang. Masa untuk berehat dan pulihkan diri. Moga kita jumpa lagi di masa akan datang, InshaAllah. Jaga diri.”

Memetik kenyataan daripada mStar, keadaan Edry Abdul Halim kelihatan tidak bermaya semasa sesi sidang media yang berlangsung sejurus tamat konsert GenKRU The Finale: One More Time.

Untuk rekod, kumpulan KRU telah menyampaikan kira-kira 16 buah lagu termasuk lagu bersama artis jemputan seperti kumpulan nasyid Rabbani, Datin Juliana Banos, Elite dan Adam AF2.

[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan 'Sehidup Semati' Buat Isteri
edry abdul halimedry krugenkru the finaleKONSERT GENKRUKRU
https://lomp.at/6ihso
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara