• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Produk Skintific Makin Popular, Yang Baru Nak Pakai Boleh Cuba Yang Ini…

by Soph Azz
January 9, 2023
Foto -SehatQ

Foto -SehatQ

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya ramai yang sudah teracun dengan jenama penjagaan kulit, Skintific. Jenama daripada Kanada ini sudah menjadi perhatian ramai pencinta kecantikan kerana salah satu produknya; pelembap mengandungi ceramide iaitu bahan yang tengah popular di TikTok.

Sekadar info, setiap produk Skintific diformulasikan dengan bahan aktif yang menggunakan teknologi TT3 (Trilogy Triangle Effect) di mana ia dapat mengatasi masalah kulit dengan cepat, membuat kulit lebih terhidrasi, menenangkan dan merawat skin barrier.

Kalau kamu baru nak jadi pengguna pertama produk Skintific, Miss Murai nak syorkan beberapa produk yang best seperti;

10% Niacinamide Brightening Serum 

Menggunakan niacinamide terbaik di dunia; Royal DSM Niacinamide, serum ini dikatakan boleh cerahkan kulit dengan cepat, hilangkan bekas jerawat dan sunburn dalam masa 7 hari.

Foto – Pinterest

Royal DSM Niacinamide ini adalah bahan yang dapat melindungi skin barrier dan mencerahkan kulit secara mendalam.

Selain itu serum ini juga mempunyai bahan seperti arbutin, ceramide dan centella asiatica yang berkemampuan untuk meratakan warna kulit, baiki skin barrier, kawal pengeluaran minyak, melembapkan dan mengecilkan pori.

Mugwort Anti Pores & Acne Clay Mask 

Paling popular, produk Skintific yang ini mampu melegakan keradangan, membersihkan dan mengecilkan pori, melicinkan kulit, mengawal minyak serta membaiki skin barrier.

Cara guna clay mask ini adalah guna sebanyak 2-3 kali seminggu sebanyak 10-15 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Foto – Pinterest

Antara bahan yang ada dalam clay mask ini adalah;

  • Mugwort yang berfungsi sebagai anti-bakteria
  • Niacinamide untuk ratakan tona kulit
  • Centella asiatica untuk tenangkan kulit
  • Salicylic acid untuk sembuhkan jerawat

4D Hyaluronic Acid Barrier Essence Toner 

Diformulasi dengan 3 bahan aktif (hyaluronic acid, ceramide dan centella asiatica), essence toner ini dikatakan antara produk yang terbaik untuk rawat masalah kulit kering dan skin barrier. Cara nak gunanya, tuang essence toner ke tapak tangan dan sapu (atau dab) ke seluruh wajah serta leher.

Foto – Pinterest

Diperkayakan dengan 4D Hyaluronic Acid, produk ini mengandungi provitamin B5 iaitu bahan yang sangat sesuai untuk kulit sensitif guna.

5X Ceramide Barrier Repair Moisturize Gel 

Sesuai untuk si kulit berminyak dan  berjerawat, gel pelembap ini mengandungi bahan yang sangat hebat untuk melembapkan, membaiki dan menguatkan skin barrier seperti:

Foto – Pinterest
  • Ceramide NP, NS, AS, EOP dan AP 
  • Hyaluronic acid 
  • Centella marine collagen
  • Panthenol

Pelembap yang bertekstur krim-gel ini boleh dipakai pada waktu pagi dan malam. Dan paling best, pelembap ini bebas alkohol dan wangian tau!

5X Ceramide Serum Sunscreen SPF 50 PA++++

Dikuatkan dengan perlindungan SPF 50 PA++++, sunscreen ini dikatakan dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB yang berbahaya dan cahaya biru tanpa merengsakan kulit.

Foto – Pinterest

Untuk si kulit berminyak pun boleh pakai kerana tekstur sunscreen ini sangat ringan, cepat resap, tak berminyak dan berikan kemasan yang cukup cantik.

Berminat nak cuba, boleh beli di [SINI].

produk skintificproduk skintific yang bestskintific
https://lomp.at/8gn7e
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kecantikan

AEON Kini Ada Jenama ‘Makeup’ Sendiri, NALAE! 

by Phic ARMAN
December 6, 2025

Kalau kalian sering ke AEON, ini berita baik! Baru- baru ini MURAI tiba-tiba mata terpaku, “Eh, AEON ada makeup sendiri...

Read more
Foto -SehatQ
Kecantikan

Produk Skintific Makin Popular, Yang Baru Nak Pakai Boleh Cuba Yang Ini…

Read more
by Soph Azz
January 9, 2023
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore