Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Produser ‘Hometown Cha Cha Cha’ Rayu Orang Ramai Henti Lawat Rumah Yang Difilemkan

Rumah-rumah dalam drama itu adalah milik individu sebenar dan hanya disewa selama tempoh penggambaran.

by Naddy Joe
October 6, 2021
Share on Facebook

Produser drama siri TVN sensasi, Hometown Cha-Cha-Cha kini meminta penonton untuk tidak mengunjungi  rumah-rumah yang diperlihatkan dalam drama ini.

Ada Pemilik Sebenar

Pasukan produksi Hometown Cha-Cha-Cha telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang menjelaskan bahawa rumah-rumah yang dilihat dalam drama itu adalah milik individu sebenar dan hanya disewa selama tempoh penggambaran.

“Hello. Ini adalah pasukan produksi ‘Hometown Cha-Cha-Cha’. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton kami kerana telah memberi kami banyak kasih sayang, dan kami ingin membuat satu permintaan mengenai lawatan lokasi penggambaran kami.

“Rumah Hye Jin, rumah Doo Shik, rumah Gam Ri, dan rumah Cho Hee dalam drama adalah ruang yang kami sewa untuk tujuan penggambaran sepanjang penggambaran kami, dan pada ketika ini, pemiliknya kini tinggal di rumah tersebut.”- ujar pasukan produksi dalam kenyataan itu

Alami Gangguan Kerana Pengunjung Datang Melawat

Produksi k-drama ini turut memberitahu bahawa pemilik asal rumah tersebut mengalami gangguan  dari pengunjung yang sentiasa berusaha untuk memasuki rumah mereka disebabkan populariti drama hit yang menampilkan Shin Min Ah, Kim Seon Ho dan Lee Sang Yi.

“Mereka membantu drama kami dengan niat baik, tetapi mereka kini mengalami gangguan dalam kehidupan seharian mereka disebabkan pengunjung. Atas sebab yang dijelaskan di atas, semasa anda mengunjungi lokasi penggambaran kami, kami meminta anda untuk tidak memasuki rumah-rumah ini.”- katanya lagi

Bakal Mengekalkan ‘Tugu Sotong’ & ‘Bot’ Untuk Penonton 

Walaubagaimanapun,  mereka bakal mengekalkan tugu sotong dan bot buat peminat yang ingin merasai pengalaman dalam drama yang mempunyai rating tertinggi ini.

Sebagai pertimbangan bagi mereka yang mahu alami pengalaman selepas drama ini, bandar Pohang bakal menyimpan patung sotong di Pasar Cheongha dan kapal di Sabang Memorial Park selepas penggambaran berakhir.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih kerana memberikan kasih sayang kepada Hometown Cha-Cha-Cha- ujarnya

via TwitterSebagai info, drama Hometown Cha-Cha-Cha mengisahkan Yoon Hye Jin (Shin Min Ah) seorang doktor gigi cantik yang tinggal di bandar, telah kehilangan kerja selepas menuduh ketua klinik itu kerana mengenakan caj yang lebih bagi rawatan pesakit untuk mendapatkan keuntungan.

Beliau memulakan perjalanan ke desa tepi laut yang indah di Gongjin, dan bertemu dengan Hong Du Sik (Kim Seon Ho). Hong Du Sik dipandang tinggi di desa itu kerana beliau menjaga orang tuanya dan tidak malu daripada melakukan sebarang pekerjaan.

Secara kebetulan, mereka telah melintasi laluan sama  beberapa kali dan mula menyukai antara satu sama lain, dan Hong Du Sik sentiasa membantu Hye Jin keluar dari sebarang masalah yang berlaku.

Korang memang kena tonton drama Hometown Cha-Cha-Cha ni, serius best okay!

YouTube video
hometown cha cha chashin min ah
https://lomp.at/2y1k5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Watie Hanifiah Kongsi Momen Shuib Bersama Cahaya Mata Mereka, Titip Rasa Syukur!

by Naddy Joe
April 7, 2026

Umum mengetahui, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di salah sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara