Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dia Perlu Ingat Dia Berada Dalam Negara Islam”-PU Syed Tegur Jasmine Suraya Isu Adegan Ranjang

PU Syed turut mempersoal peranan agensi dan jabatan agama yang terlibat dalam penapisan drama dan filem di Malaysia.

by Naddy Joe
January 17, 2022
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil mempersoalkan agensi penapisan filem yang tidak membendung budaya yang melanggar syariat dan menegur aktres terkenal, Jasmine Suraya Chin berhubung isu adegan ranjang yang dilakonkan dalam drama bersiri Villa Kristal.

“Mana Peranan Agensi Yang Libatkan Penapisan Drama & Filem Di Malaysia”-PU Syed

Menerusi posting di Instagram, PU Syed turut mempersoal peranan agensi dan jabatan agama yang terlibat dalam penapisan drama dan filem di Malaysia.

“Di mana peranan agensi-agensi yang melibatkan penapisan drama dan filem di Malaysia. Apakah fungsi jabatan agama dalam membendung budaya melanggar syariat ini! Atau ianya gagal dihidu dari awal.”-Soal PU Syed

Tambahnya lagi, PU Syed memberitahu bahawa walaupun drama tersebut tidak ditayangkan di televisyen. Namun, ianya mudah diakses dan menjadi salah satu punca drama-drama mengarut akan terus direka dan dilakonkan.

“Sutaradara rakus mencari syariat Allah. Para artis sanggup menerima watak sebegini walau apa agama yang anda anuti sekalipun.

Walaupun cerita ini tidak ditayangkan di tv arus perdana. Namun ianya mudah diakses bahkan menjadi salah satu punca drama-drama mengarut seumpama ini akan terus menerus direka dan dilakonkan.”-PU Syed

Beri Teguran Pada Jasmine Suraya

Selain itu, PU Syed turut memberi teguran terhadap aktres terkenal, Jasmine Suraya Chin mengenai isu adegan ranjang yang dilakonkan dalam drama tersebut bahawa dia harus sedar dia sedang berada dalam negara Islam walaupun dia seorang beragama Kristian.

“Artis ini walaupun dia seorang Kristian, dia perlu ingat, dia berada dalam negara Islam…Manakala pengarah dan seluruh krew juga perlu tahu batas- batas dan norma sosial yang lebih bertanggungjawab kepada anak bangsa. “-PU Syed

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

Di akhir hantarannya di Instagram, PU Syed menitipkan harapan kepada pihak terlibat untuk menggarap cerita-cerita yang lebih memberikan nilai-nilai positif dan bukan kepada sensasi serta kedurjanaan.

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini...
jasmine surayaPU Syed
https://lomp.at/p81ut
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara