Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Dukun Ini Mengaku Berbual Dengan Roh Puteri Diana. Ini Dialognya! Seram

by Phic ARMAN
September 6, 2018
Share on Facebook

Kematian Puteri Diana pada 31 Ogos 1997 masih meninggalkan misteri. Beliau maut dalam sebuah kemalangan kereta dan kononnya kemalangan tersebut terjadi kerana Puteri Diana dan pemandunya mengelak dari dikejar paparazzi.

Sehingga hari ini tragedi ngeri masih jadi tanda tanya. Namun baru-baru ini ada seorang dukun dari Jepun yang mengaku dapat berbual dengan roh Puteri Diana.

Dipetik dari artikel mirror.co.uk, Ryuho Okawa mengaku sempat berbual dengan roh Puteri Diana di sebuah ruang kuliah. Pemilik The Institute for Research in Human Happiness ini mengaku memulakan perbualan dengan Puteri Diana mengucap ‘selamat tengahari’.

Ryuho Okawa

Ryuho Okawa bertanya kepada Puteri Diana, adakah dia boleh memaafkan suaminya? Jawapan Puteri Diana pun agak mengejutkan.

“Tidak, pasti tidak. Tidak tidak Tidak. Aku tidak membencinya, tapi aku percaya dia itu iblis,” jawab roh Puteri Diana.

Ryuho Okawa juga bertanya pendapat Puteri Diana tentang Ratu Elizabeth.

“Ah, Elizabeth. Hmm … Mungkin ibu yang hebat. Tapi dia sinar yang terakhir di England,” Jawab Puteri Diana.

Bila bertanya adakah dia mahukan anaknya Putera William mewarisi gelaran Raja England, Puteri Diana memberi jawapan ini.

“Saya bimbang England akan mengalami revolusi lain. Jadi, saya tidak dapat membayangkan bahawa keluarga kerajaan akan terus berterusan selamanya,” jelas Puteri Diana.

Berikut antara perbualan lain Okawa dan Puteri Diana

Okawa: “Kamu sebenarnya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan kereta di Paris, 20 tahun yang lalu.”

Diana: “Kemalangan kereta? Oh …”

Okawa: “Ya. Adakah kamu ingat situasinya? Jika kamu ingat, boleh memberi tahu kami tentang kemalangan itu?”

Diana: “Kemalangan kereta. Ada kemalangan kereta dan saya dibawa ke hospital. Setelah itu, saya tidur, tidur, tidur, tidur, tapi masih hidup.”

Okawa: “Apa pendapat kamu tentang Ratu Elizabeth?”

Diana: “Yang mana?”

Okawa: “Ibu Kepada Putera Charles.”

Diana: “Ah, Elizabeth. Hmm … Mungkin ibu yang hebat. Tapi dia yang terakhir, cahaya terakhir England.”

Okawa: “Tidakkah kamu berharap anakmu, Putera William, menjadi raja England?”

Diana: “Saya bimbang akan mengalami revolusi lain. Jadi, saya tidak dapat membayangkan bahawa keluarga kerajaan akan terus berterusan selamanya.

“Tragedi yang menimpa diri saya adalah sebuah titik perubahan,  tidak ada kebenaran, tidak ada cinta, tidak ada kesetiaan, jadi saya rasa sedikit berbeza”

“Saya tertanya-tanya tentang erti kecantikan seseorang wanita, jika kecantikan itu datang dari hati, itu betul, tetapi jika ia hanya untuk menarik perhatian lelaki, itu bukan keindahan sebenar.

“Seperti bekas suami saya, pertama, dia mengasihi saya, tetapi selepas perkahwinan, dia tidak mempunyai cinta sejati kerana itu bermakna kecantikan saya hanyalah aksesori.

“Jadi, dia hanya mahu menunjuk bahawa dia memiliki seorang wanita yang cantik dan bangga dirinya sebagai seorang putera boleh mendapatkan keindahan dunia.”

Perbualan diteruskan dengan bertanya sama ada Diana benar-benar dibunuh oleh seseorang.

“Saya tidak pasti, tetapi saya merasakan ada niat jahat,” katanya.

“Mungkin ada rancangan rahsia atau … ada Seseorang yang menafikan kehidupan saya selepas bercerai dengan Charles “

Adakah Roh Puteri Diana Tak Tenteram?

Tugu peringatan yang diletakkan oleh keluarga Puteri Diana dilihat di Althorp House, Northampton, sebagai ingatan kepada Diana, Puteri Wales, terletak di pulau di mana dia dikebumikan

Apabila dukun itu mendakwa bahawa ‘Diana’ sudah mati dan hakikatnya kini dia adalah hantu, reaksinya ditulis seperti ini:

“Oh, tidak! Saya tidak suka hantu. Ya, sudah tentu saya mempunyai kubur di England, tetapi saya tidak tinggal di kubur itu. Maksud saya, orang yang mati, mereka berbaring di bawah tanah, tetapi saya tidak ada di situ.”

“Anda berkata, dah 20 tahun telah berlalu sejak kematian saya, tetapi saya tidak dapat memahami apa entiti saya, siapa saya, apa saya? Bagaimana saya boleh hidup? Saya hanya bermimpi, atau saya hanya berbohong seperti orang mati? “

Ditulis Dalam Sebuah Buku Khas

Perbualan dengan roh puteri Diana ditulis menjadi sebuah buku berjudul Spiritual Interview with Princess Diana. Buku tersebut menjadi peringatan atas 20 tahun pemergiaan Puteri Diana. Buku ini diterjemahkan dalam 28 bahasa.

Sekiranya anda menganggap perbualan ini seperti pelik, terdapat banyak soalan dan jawapan yang aneh di dalam buku ini, yang boleh dibeli di Amazon.

dianaRyuho Okawa
https://lomp.at/tlfkk
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Gambar: Image fx
LifeXplore

Raya Dulu Lagi Meriah? Ini Tradisi Lama Yang Ramai Masih Kenang

by Farah Fatihah
March 21, 2026

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, suasana bukan sahaja dipenuhi dengan persiapan dan kemeriahan, tetapi juga kenangan lama yang kembali...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara