• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Puteri Sarah Didakwa Beri ‘Hint’ Akan Bertunang Pada Tahun 2024 Dengan Andi? Ini Jawapan Tuan Badan Sendiri

by Puteri Alia
October 3, 2023
Share on Facebook

Jodoh adalah rahsia Allah buat kita sebagai hamba-Nya. Malah, tiada pasangan yang berkahwin inginkan perceraian. Namun, semua itu takdir.

Apapun, kebanyakan pasangan bercerai pasti bertemu jodoh baru. Siapa sangka ada orang dipertemukan jodoh beberapa kali dalam hidup mereka.

“Insya-Allah kalau ada, ada lah (jodoh). Saya melawak sahaja sekadar ikut trend.”

Berbahas soal itu, demikian respons pelakon Puteri Sarah berhubung ‘dakwaan’ dirinya bakal bertunang tahun hadapan.

Puteri Sarah berkata, dia enggan memberikan komen lanjut tentang perkara tersebut kerana hanya suka-suka menggunakan filter dalam Instagram dan agak terkejut apabila diberitahu bakal bertunang.

“Saya suka-suka sahaja main filter itu dan rasa kelakar apabila jawapan yang keluar memberitahu jangkaan saya akan bertunang pada tahun 2024.

“Tidak ada apa-apa yang serius pun. Itu buat lawak sahaja. Kalau ada jodoh adalah. Tapi kalau tidak ada pun, tak mengapa,” ujar Sarah.

Terdahulu, menerusi perkongsian Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dalam InstaStory, dia dilihat bermain filter dalam Instagram tentang jangkaan dirinya pada tahun hadapan.

Jangkaan yang diberikan filter tersebut ternyata mengejutkan Sarah sendiri apabila diberitahu bakal bertunang pada 2024.

“Your prediction is, you will get engaged (jangkaan tahun 2024 anda ialah, anda akan bertunang),” tulis filter tersebut.

Sarah yang berada dalam kapal terbang semasa bermain filter tersebut kelihatan terkejut dan tersipu-sipu malu dengan ramalan yang diberikan.

“This is unexpected (ini suatu yang tidak disangka),” tulisnya beserta emoji ketawa.

Baru-baru ini, nama Sarah menjadi perhatian selepas timbul gosip dalam media sosial apabila dia dilihat kerap muncul melakukan sesi live dalam Instagram bersama pelakon terkenal Indonesia, Andi Asryil.

Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

Sarah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

andi asryilputeri sarah
https://lomp.at/q47qe
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore