Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Puteri Sarah Hantar Bodyguardnya Jaga Bella Astillah? Pakai Serba Putih Teman Syed Saddiq

by Puteri Alia
March 20, 2025
Share on Facebook

Pelakon Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman pada pukul 10.28 pagi tadi dengan memakai pakaian serba putih, menunjukkan sokongan kepada prosiding rayuan hari kedua yang melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella yang hadir ditemani seorang pegawai peribadi wanita, sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman. Ketibaan Bella turut disusuli dengan kehadiran Syed Saddiq yang tiba pada pukul 10.20 pagi, lengkap dengan sut hitam dan ditemani oleh dua pegawainya.

Syed Saddiq hadir bagi menghadiri prosiding rayuan yang dijangka bermula pada pukul 10.30 pagi. Semalam, Mahkamah Rayuan mengumumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat berkenaan rayuan beliau yang bertujuan untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan keputusan tersebut ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Hujahan bagi kedua-dua pihak ditetapkan untuk dijalankan selama dua hari, bermula semalam dan diteruskan pada hari ini. Sebelumnya, pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang yang berkaitan dengan dana Armada.

Terdahulu, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kehadiran seorang pengawal peribadi wanita yang menemani Bella di perkarangan mahkamah. Ternyata, pengawal peribadi tersebut adalah milik rakan baik Bella, iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Di ruangan komen, banyak netizen yang memuji tindakan Puteri Sarah yang mengambil berat terhadap keselamatan Bella, terutamanya dengan keadaan mahkamah yang sesak dan dipenuhi media. Mereka menganggap Puteri Sarah sebagai seorang sahabat yang penuh perhatian dan sentiasa peduli terhadap orang di sekelilingnya.

Puteri Sarah Ubah Haluan, Dari Lantang Suara Perjuang Hak Wanita Kini Pilih Ketenangan Demi Anak
Bella Astillahputeri sarahsyed saddiq
https://lomp.at/cedfd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-“Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang ‘Supportive’..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil memberikan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania selepas tular pengesahan pihak...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Spotlight

Panggil Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Altimet Balas Ridhuan Tee

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ni, isu lagu raya moden kembali panas apabila Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya zaman sekarang sangat...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara