Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Puteri Sarah Kini Jadi Ibu Tunggal, Syamsul Yusof Bersedia Beritahu Anak-Anak Ibu Dan Ayah Mereka Sudah Bercerai

by Puteri Alia
June 14, 2023
Share on Facebook

Rumah tangga mana yang tidak pernah berdepan dugaan. Ada pasangan yang mampu menghadapi cabaran namun sekiranya sudah tertulis tiada jodoh antaranya, maka perceraian mungkin jalan terakhir untuk masing-masing meneruskan kehidupan.

Dasawarsa ini, semakin banyak keluarga yang terpaksa melalui perpisahan dan perceraian yang mana kesannya ke atas anak-anak adalah berbeza-beza, dari gangguan emosi yang ringan hinggalah ke masalah psikologi yang serius.

Oleh itu, Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membantu anak mereka menghadapi masa yang getir ini. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka melalui proses perceraian dengan memastikan suasana di rumah adalah stabil.

Malah, keperluan fizikal dan emosi anak-anak perlu dipenuhi dan mereka mesti diberikan sokongan. Justeru itu ibu bapa perlu menjaga keperluan mereka sendiri dan cuba berbincang dengan bekas pasangan mereka sebaik mungkin.

Kanak-kanak akan dapat meneruskan hidup mereka dengan baik jika mereka merasakan yang kedua ibu bapa masih menyayangi mereka.

Kebanyakan ibu bapa sendiri mungkin merasa kurang pasti tentang cara terbaik untuk menyediakan anak-anak mereka untuk melalui proses perceraian dengan jayanya supaya menjadi lebih yakin dan cekal.

Justeru, memberitahu anak-anak bahawa ibu bapa akan bercerai adalah salah satu langkah yang paling sukar yang perlu dilakukan. Oleh itu, Ibu bapa harus bersedia dengan penjelasan mereka dan memikirkan jawapan bagi soalan yang mungkin akan ditanya.

Sebagai contoh, selepas sah bercerai talak satu, pengarah sensasi Syamsul Yusof bersedia untuk memberitahu anak-anak mengenai status hubungannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah.

Syamsul, 39, berkata rasa sayangnya terhadap anak-anak akan pernah tidak pudar walaupun sudah berpisah dengan bekas isterinya hari ini.

Puteri Sarah Ubah Haluan, Dari Lantang Suara Perjuang Hak Wanita Kini Pilih Ketenangan Demi Anak

“Saya akan memberitahu kepada anak-anak dan tidak mungkin akan menipu mengenai status saya dengan Sarah.

“Biarpun sudah berpisah dengan Sarah, saya akan jelaskan bahawa kami berdua masih sayangkan mereka,” katanya selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Sebelum ini, Syamsul memberitahu bahawa dia melakukan perbincangan bersama Sarah secara tertutup.

Dalam perbincangan tersebut, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menjelaskan bahawa anak-anak menjadi punca utama dalam penyelesaian masalah rumah tangganya.

“Jadi, kami lihat mana yang terbaik untuk anak-anak. Saya tidak mahu beri kesan negatif terhadap anak-anak dengan perpisahan kami.

“Kami melihat mana yang baik sebab sebagai ibu, Sarah mesti tidak mahu anak-anak berjauhan dengan anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, ayah kepada dua anak itu turut menjelaskan proses untuk berjumpa Syaikhul dan Sumayyah menjadi lebih mudah dan tidak terikat selepas mencapai kata sepakat untuk berpisah.

“Bila-bila masa saya boleh berjumpa dengan anak-anak.

“Kami boleh berbincang pasal anak-anak walaupun hak penjagaan menjadi milik Sarah,” katanya lagi.

Hari ini, proses perceraian Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan baik selepas pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu melafaz talak satu berjumlah dua terhadap Puteri Sarah

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/3wtoz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Bersyukur Marissa & Aslam Dalam Proses Bercerai-“Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi menitipkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bakal berakhir selepas Marissa mengumumkan bahawa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara