Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Putus Urat Malu Ke Apa?” – Isa Khan Kecam Trend Jamilah, Anggap Ia Memalukan Umat Islam

by Puteri Alia
November 11, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Isa Khan tampil bersuara lantang menegur individu yang terlibat dalam trend lagu Jamilah yang tular di media sosial baru-baru ini kerana disifatkan sebagai perbuatan yang mencemarkan maruah serta imej umat Islam. Tegasnya, trend tersebut bukan sekadar hiburan kosong, malah telah melampaui batas apabila ramai pengguna termasuk golongan lelaki merakam aksi tidak senonoh semata-mata untuk mengikut gelombang popular lagu tersebut.

“Jamilah? Trend yang memalukan dan menjatuhkan umat Islam sahaja. Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing-masing. Perempuan pula tak mahu kalah dengan komen-komen yang tak senonoh,” tulis Isa, 32, menerusi hantaran di platform Threads yang turut mendapat perhatian ramai.

Tambahnya lagi, apa yang lebih dikesalkan ialah apabila ada segelintir wanita berstatus isteri turut meninggalkan komen berbaur nakal di bawah video-video tersebut. Situasi itu, menurut Isa, menggambarkan bagaimana segelintir masyarakat kini semakin hilang rasa malu dan batas sopan santun.

“Masalahnya bini orang pun nak menggatal sekali dan isu paling besar adalah semua yang terlibat ini umat Islam. Kalian semua ini sudah putus urat malu ke apa? Dunia dah akhir zaman,” ujarnya dengan nada kecewa.

Kenyataan Isa mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Ramai berpendapat trend Jamilah bukan sahaja menggelikan, malah mencerminkan penurunan nilai moral dalam kalangan masyarakat. Ada juga yang memuji keberanian Isa menyuarakan isu tersebut secara terbuka walaupun menyedari ia mungkin mengundang pelbagai reaksi daripada pihak lain.

“Setuju dengan Isa Khan, tak semua benda perlu dijadikan content. Ada batas yang perlu dijaga, terutama bila melibatkan agama dan maruah diri,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Terdahulu, trend Jamilah meledak selepas pelakon Que Haidar memuat naik video dirinya berbaring di atas katil tanpa memakai baju sambil menyanyikan lagu asal nyanyian penyanyi legenda Indonesia, Jamal Mirdad. Aksi spontan itu kemudiannya mencetuskan fenomena apabila ramai selebriti dan usahawan lelaki lain turut menyahut trend berkenaan, antaranya Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Red.

Namun, apa yang pada mulanya dianggap sebagai gurauan ringan akhirnya bertukar menjadi bahan kritikan ramai apabila ia disalah tafsir dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Bagi Isa Khan, dunia hiburan dan media sosial seharusnya digunakan untuk menyebarkan perkara yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar mengejar perhatian sementara. Katanya, seseorang artis mahupun individu awam mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga adab dan tidak menjadikan trend yang memalukan sebagai bahan tontonan umum.

isa khan
https://lomp.at/btywb
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara