Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Qi Razali Dedah ‘Sisi Gelap’ Watak Jahatnya Dalam War On Terror: KL Anarki

by Naddy Joe
November 16, 2023
Share on Facebook

Sering ditawarkan watak seorang lelaki yang ‘sweet’ dan ‘baik’, kali ini pelakon Qi Razali tampil dengan kelainan apabila memegang watak sebagai Lang, seorang pengganas menerusi filem aksi War On Terror KL Anarki yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei mulai Khamis, 23 November 2023 ini.

Filem aksi tempatan ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kahoe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia dan Wan Hanafi Su.

“Sebelum Saya Cakap ‘Ya’, Saya…”

Menyedari terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam menjayakan watak sebagai Lang, Qi Akui sukar untuk melelapkan ketika ditawarkan watak sebagai seorang pengganas yang jahat menerusi filem War On Terror KL Anarki.

“Sebelum saya cakap ‘ya’, saya balik susah nak tidur sebab saya fikir besar ni tanggungjawab nak jadi villain, kadang-kadang kita sendiri banyak kritik.

Kitalah pengkritik terbesar diri sendiri. Saya rasa ada sisi gelap dalam diri yang mungkin boleh dikeluarkan sedikit sebanyak kalau nak buat watak-watak macam ni.

Terpaksa Tonton Video Ngeri

Dalam pada itu, Qi berkongsi cabaran demi menjayakan watak yang dilakonkan sehingga terpaksa menonton video ngeri yang turut memaparkan babak pancung kepala sebelum bersedia ke set penggambaran.

“Sangat mencabar. Sebab dia jauh daripada diri saya sangat. Kita tak pernah membunuh, tak pernah ada dendam orang bunuh keluarga kita ke apa.

Saya banyak buat research tengok video yang biasanya saya padam dalam group WhatsApp, video orang potong kepala, kerat jari. Tapi untuk filem ni, saya terpaksa tengok, buka balik group WhatsApps yang lama tengok mana-mana kartel Mexico, potong kepala. Dari tak boleh tengok, sampai dah boleh tengok, baru dah boleh ready masuk set.-“-kongsi Qi Razali

Qi Razali ditemui Murai MY ketika di majlis tayangan filem War On Terror: KL Anarki terbitan bersama Multimedia Entertainment baru-baru ini di GSC Lalaport BBCC, Kuala Lumpur

View this post on Instagram

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

Filem aksi  arahan bersama Kroll Azry dan Frank See ini mengisahkan mengenai sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur. Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur. Berdasarkan maklumat risikan, mereka telah menyerbu kumpulan pengganas tersebut dan telah berjaya memberkas Lang namun adiknya telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan. Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.
YouTube video
Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton filem aksi ini di pawagam pada 23 November ini!
Qi Razali Titip Ucapan Istimewa Buat Sweet Qismina Atas Pencapaiannya Di AIFFA 2025-"Sememangnya Layak.."
Qi Razali
https://lomp.at/r19kk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara