Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

by Zaidin Albert
September 12, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini kecoh dekat media sosial bila pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa sedih lepas rumah flat tempat dia tinggal di Kampung Sungai Baru dirobohkan. Katanya, “Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan, sekarang saya menumpang di rumah jiran.”

Tapi entah macam mana, Facebook Ella Furniture tiba-tiba jadi tumpuan. Ada netizen yang “rajin” korek posting lama pada tahun 2022 dan jumpa gambar sofa dengan nama pelanggan Rafidah Ibrahim, lalu terus buat andaian konon-konon Rafidah beli sofa mewah dan miliki rumah lain sedangkan tengah susah.

sumber: FB Ella Furniture
sumber: FB Ella Furniture
sumber: FB Ella Furniture

Antara komen yang sempat jadi bualan:

“Ni rumah dia kat mana boleh bagitau? Bukan apa… semalam kesian kat dia sekejap terpekik terlolong, sekejap menangis, sekejap terduduk kat jalan tar, sekejapan pulak dia tak jadi nangis… dia tanya malam semalam nak duduk mana… tolong bagitau dia duduklah sini… boleh tidur atas sofa empuk ni.”

Pihak Ella Furniture cepat-cepat jelaskan:

“Maaf ya, posting ini tahun 2022. Customer Ella Furniture memang bernama Rafidah Ibrahim dan tiada kaitan dengan artis Rafidah Ibrahim yang tular sekarang. Thank you.”

Tambah menarik, orang mula kaitkan pula duta Ella Furniture, AC Mizal, sebab dia pernah berduet dengan Rafidah dalam sebuah lagu Apa Kono Eh Jang. Tapi tu memang kebetulan je, bukan petanda apa-apa.

YouTube video

Untuk makluman, Kampung Sungai Baru memang tengah jadi tumpuan sejak operasi pengosongan bermula awal September. Menurut laporan, sebanyak 37 unit rumah teres dan flat terlibat selepas mahkamah keluarkan writ milikan kosong. Ada penduduk dah setuju terima pampasan, tapi ada juga yang masih bantah sebab rasa kadar pampasan sekitar RM400 sekaki persegi tak berbaloi. Semasa operasi, berlaku kekecohan siap ada insiden baling batu yang cederakan anggota keselamatan. Pihak kerajaan tegaskan tindakan pengosongan ikut proses undang-undang, bukan keputusan suka-suka.

VIDEO Detik-detik Rafidah Ibrahim Bersama Suami Digari, Ditahan Polis

Netizen kadang-kadang terlalu cepat buat spekulasi. Nama sama bukan bermaksud orang yang sama. Sebelum sebar cerita, semak dulu fakta supaya tak jatuh dalam fitnah. Kesian orang yang tengah susah, jangan ditambah beban dengan tuduhan yang tak betul.

Rafidah Ibrahim
https://lomp.at/lv8zt
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara