• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rahim Isteri Saya Pecah” – Mangsa Kemalangan Mahu Syarikat & Pemandu Lori Bertanggungjawab

by Puteri Alia
December 12, 2022
via Facebook Ding Sheng Koh

via Facebook Ding Sheng Koh

Share on Facebook

Kebahagian sepasang suami isteri yang bakal menyambut cahaya mata pertama, hilang sekelip mata dalam satu kemalangan yang berlaku di Gerik, Perak gara-gara kecuaian pemandu lori syarikat membekal bahan binaan baru-baru ini.

Nyawa Bayi Melayang, Rahim Isteri Pecah

Insiden kemalangan tersebut dikongsikan oleh mangsa yang dikenali sebagai Ding Sheng Koh di laman Facebook nya, Ding meluahkan rasa marah dan kesal dengan apa yang berlaku pada isteri serta bayi mereka.

Menurut Ding, pemandu lori berkenaan membawa barang muatan berat yang melebihi paras ketinggian yang selamat. Malah pihak syarikat pembekal bahan binaan ini juga tidak menghubungi mangsa bagi memberi penjelasan berkaitan kemalangan yang dihadapi.

“Asalnya pada masa ini, saya bersama isteri saya mengalu-alukan bayi kami datang ke dunia ini. Disebabkan kejadian ini, kamu telah membawa bayi kami pergi.. Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan, tapi sebab kecuaian pemandu dan pihak syarikat kamu yang menyebabkan kejadian ini berlaku!

Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan, telefon untuk meminta maaf atapun tanya khabar!

Kerana kejadian ini kamu telah memusnahkan keluarga kami, setiap hari saya melihat isteri saya menangis dan saya melihat luka pada badan nya dan gambar arwah bayi kami. Saya teringin sangat membunuh pemandu lori tersebut!

Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberi penjelasan tentang kenapa menggunakan truck ini untuk membawa barangan muatan ini! Ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat!

Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, 3 tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera. Semua ini boleh membawa banyak kesan kerana kecederaan!

Ini anak pertama kami, kenapa kamu begitu kejam merampas dia dari kami?!” Coret Ding

Memandu Lebih 90 KM Di Selekoh

Mangsa juga mendedahkan, selain membawa muatan melebihi paras keselamatan, pemandu lori berkenaan juga dikatakan memandu dalam keadaan yang laju di selekoh dengan anggaran melebihi 90 kilometer sejam.

“Bila saya lihat lori dipandu terlalu laju sebelum kejadian, keseluruhan badan lori sudah condong. Tetapi mujur saya ada pengalaman memandu yang agak lama, sebelum kejadian saya telah mengurangkan kelajuan kereta saya. Jika tidak saya mungkin sudah meninggal dunia.

(Pada pandangan peribadi saya, pemandu lori tersebut memandu melebihi 90km/h). Bila saya melihat lori tersebut, saya telah mengurangkan kelajuan dari 80 kilometer sejam kepada 60 kilometer sejam tetapi saya masih tidak dapat mengelak dari kejadian ini.” Tulisnya

via Facebook Ding Sheng Koh
via Facebook Ding Sheng Koh
via Facebook Ding Sheng Koh

Saman Syarikat Dan Pemandu Lori?

Kejadian yang menimpa Ding Sheng Koh ini mendapat perhatian warganet, rata-rata ramai yang menitipkan ucapan takziah dan berharap pasangan ini mendapat keadilan yang sewajarnya.

Bukan itu saja, warganet juga memberi komen mahu pemandu lori serta syarikat yang terlibat disaman dan menerima hukuman undang-undang.

“Salam takziah buat keluarga. Semoga tuan dan isteri mendapat keadilan di setiap apa yang jadi.”

“Salam takziah kepada anda dan keluarga anda. Harap isteri anda pulih sepenuhnya. Tolong terus buat saman undang-undang.”

“Salam takziah bang.. Kasi lawan sampai habis.. Saman sekali syarikat tu.. Jangan beri muka.. Moga isteri cepat sembuh.” Komen warganet

via Facebook Ding Sheng Koh

“JPJ Negeri Perak lori pandu cepat. Kemalangan ini dahsyat.. Mangsa juga kehilangan nyawa bayi.. Kemungkinan lori tak kunci baik belakang, menyebabkan stock lori jatuh dan terkena kereta mangsa.”

“Didoakan agar kejadian tertegak dan berpihak kepada encik sekeluarga. Semoga kuat!”

“Pemandu ini dengan jelas memandu terlalu laju di selekoh! Pemandu ini perlu dipenjara seumur hidup!” Komen mereka

via Facebook Ding Sheng Koh

Setakat ini menerusi tinjauan Murai di laman Facebook syarikat pembekal bahan binaan tersebut, tiada sebarang muatnaik atau penjelasan dibuat berkaitan kejadian yang menimpa mangsa. Diharap pihak berkuasa menyiasat kes tersebut.

Salam takziah buat mangsa sekeluarga.

Ding Sheng KohjalanrayakemalanganPemandu LoriUAC Berhad
https://lomp.at/1sg1h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @bettyrahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Batal Pesanan COD, Respons Pembeli Terhadap Betty Rahmad Buat Netizen Mengamuk

by Nurul A.
December 2, 2025

Kongsian video pelakon dan usahawan, Betty Rahmad baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai. Menerusi video berdurasi 1.48 minit itu,...

Read more
Foto - @adamcorrielee (IG) / @heyitsmaiyaa (IG)
Lokal

Adam Corrie Kongsi Realiti Seorang Mualaf, Kekasih Ben Amir Tampil Bersuara- “Islam Sepatutnya…

Tak dinafikan apabila seseorang individu itu memeluk agama Islam buat kali pertama, mereka akan berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai seorang...

Read more
by Nurul A.
November 21, 2025
Lokal

Ben Amir Titip Ucapan Buat Kekasih Selepas Peluk Islam, Curi Perhatian Rakan Selebriti & Netizen

Pelakon, Ben Amir menitipkan ucapan istimewa selepas teman wanitanya yang berasal dari Filipina kini sudah memeluk agama Islam. Ben atau...

Read more
by Naddy Joe
November 11, 2025
Update

VIDEO Detik-detik Rafidah Ibrahim Bersama Suami Digari, Ditahan Polis

Pagi tadi, tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh Anuar Ngah, memaparkan detik menegangkan di Kampung Sungai Baru,...

Read more
by Phic ARMAN
November 30, 2025
Berita

Nabila Huda Kongsi Pesanan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-41-“Kecilkan ‘Circle’ Anda Sebab…”

  Pelakon, Nabila Huda menitipkan ucapan istimewa di media sosial sempena hari lahirnya yang ke-41 pada 2 Disember, hari ini....

Read more
by Naddy Joe
December 2, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Belajar Solat Jenazah Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak?…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan yang sedang belajar...

Read more
by Noah Ab
November 20, 2025
Larry EllisonOracle Team USADay 42017 35th America's Cup Bermuda
Viral

Larry Ellison Rampas Takhta Orang Paling Kaya Dunia, Nah.. Ini Kediamannya Bernilai RM1.3 bilion Di Florida

Dulu kalau orang tanya siapa paling kaya dalam dunia, mesti ramai jawab Elon Musk, si bos Tesla, SpaceX, dan dulu...

Read more
by Phic ARMAN
September 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”

Perkongsian isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di laman media sosial miliknya,...

Read more
by Naddy Joe
October 31, 2025
Lokal

“Jangan Kacau ‘Baby’ Saya!” – Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil menegur tindakan segelintir netizen yang didakwa gemar mendoakan perkara buruk terhadap pempengaruh terkenal, Ameera Khan,...

Read more
by Puteri Alia
November 11, 2025
Lokal

Kilafairy Dedah Mimpi Ngeri Syurga dan Neraka Buatnya Terus Bertudung – “Saya Nampak Syaitan”

Pelakon jelita Kilafairy akhirnya membuka kisah yang selama ini disimpannya rapat di hati,  sebuah pengalaman peribadi yang cukup menginsafkan dan...

Read more
by Puteri Alia
November 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

  5. 5

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore