Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid – sebuah perhimpunan yang meraikan kebersamaan berteraskan budaya unik rakyat Malaysia, iaitu mengupi bersama.

Acara ini turut menandakan pelancaran rasmi ZUS Ngupi® 2-dalam-1 Kopi Putih Segera tanpa gula, varian terbaru dalam rangkaian kopi segera ZUS Ngupi® yang diinspirasikan daripada cita rasa klasik Malaysia.

Pelancaran ini mencerminkan komitmen ZUS COFFEE untuk menjadikan kopi berkualiti tinggi lebih mudah dinikmati oleh semua, melalui penggunaan bahan premium pada harga yang berpatutan.

Bermula pada tahun 2019 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, ZUS COFFEE kemudiannya melangkah ke segmen barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Hari ini, selain menikmati kopi bancuhan segar di kafe ZUS COFFEE, pencinta kopi juga boleh mendapatkan produk FMCG ZUS COFFEE di seluruh negara menerusi lebih 23,000 titik pengedaran.

Meraikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi

Diadakan menjelang Tahun Baharu Cina dan bulan suci Ramadan, acara KONGSI ZUS COFFEE mencerminkan semangat kebersamaan seperti nilai berkongsi dan keakraban bersama komuniti yang disatukan melalui secawan kopi.

Dari 29 Januari hingga 2 Februari 2026 di Blue Concourse, Sunway Pyramid, pengunjung boleh menikmati pengalaman kopi yang interaktif serta mengenali lebih dekat cerita di sebalik ZUS Ngupi®, yang diinspirasikan oleh budaya mengopi di kopitiam kegemaran rakyat Malaysia. Sejajar dengan semangat kebersamaan, barangan edisi terhad eksklusif acara serta promosi istimewa turut ditawarkan sepanjang acara lima hari ini.

Ajak rakan dan keluarga, dan jom mengupi bersama ZUS COFFEE sambil merasai kesemua perisa ZUS Ngupi®, serta mencipta kenangan manis yang berkekalan.

[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing
zus coffee
https://lomp.at/3wfu5
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara