Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Raisa Sah Fail Cerai Hamish Daud, Sidang Pertama 3 November Ini

by Puteri Alia
October 24, 2025
Share on Facebook

Teka-teki yang menghantui peminat akhirnya terjawab apabila penyanyi jelita Indonesia, Raisa Andriana sah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon terkenal, Hamish Daud. Perkara itu disahkan sendiri oleh wakil Pejabat Agama Jakarta Selatan (PA Jaksel), Abid M.H, yang mendedahkan bahawa tuntutan berkenaan telah difailkan oleh pihak Raisa pada 22 Oktober lalu.

“Perceraian didaftar secara online oleh Raisa pada 22 Oktober 2025 dan telah berada dalam sistem kami. Prosiding pertama kes perceraian pihak-pihak berkenaan (Raisa dan Hamish) adalah pada 3 November 2025 di PA Jaksel,” katanya kepada media.

Abid bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai punca sebenar penyanyi berusia 35 tahun itu mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinannya dengan Hamish.

Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu mula tular sejak semalam apabila nama Raisa dan Hamish trending di media sosial, mencetuskan pelbagai spekulasi dan perbincangan hangat dalam kalangan peminat. Ramai yang berharap khabar tersebut sekadar gosip, namun kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa agama membuktikan sebaliknya.

Meskipun isu itu menjadi topik hangat, baik Raisa mahupun Hamish memilih untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan tersebut. Sikap berahsia mereka menambah tanda tanya dalam kalangan peminat yang sebelum ini menganggap pasangan itu sebagai simbol kebahagiaan rumah tangga selebriti Indonesia.

Sebelum ini, hubungan Raisa dan Hamish pernah diperkatakan apabila pelakon itu dilihat jarang menemani isterinya ke acara hiburan, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kemesraan mereka yang dikatakan semakin pudar.

Raisa dan Hamish mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dalam sebuah majlis penuh romantik di Jakarta yang menjadi tumpuan media serta peminat. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Zalina Raine Wyllie yang kini menjadi tumpuan setiap kali muncul di media sosial.

Hamish Daud Tampil Perjelas Hubungan Dengan Sabrina Alatas- "Dia..."

Kini, selepas lapan tahun hidup bersama, berita perceraian mereka bukan sahaja mengejutkan industri hiburan tanah air, tetapi juga meninggalkan rasa kecewa mendalam dalam kalangan peminat yang selama ini melihat pasangan tersebut sebagai antara ‘couple goals’ paling ikonik di Indonesia.

raisa
https://lomp.at/jjblf
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara