Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Raja Syahiran Nafi Ciplak Lagu Fimie Don

by Khai Azfar
January 7, 2020
Share on Facebook

Penyanyi remaja Raja Syahiran kini mencuri perhatian ramai apabila kini menempatkan diri dan ‘troopers’ nya, 2Twenty2 Squad sebagai salah satu kumpulan di dalam rancangan realiti baharu terbitan Astro, Dansa Dan Sing.

Didakwa Curi Lagu Fimie 

Biarpun begitu, seminggu sebelum bermulanya program ini Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 26 terpalit dengan satu kontroversi yang dikatakan telah cuba ‘ciplak’ lagu milik penyanyi, Fimie Don berjudul ‘Jangan Panggil’. Malah kenyataan yang diberikan oleh Fimie sebelum ini turut membuatkan peminat menjadi tanda tanya.

Kecewa Dengan Sikap Netizen 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai single tersebut, Syahiran akui dia berasa kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang terus mengecamnya tanpa sebarang usul perika. Menurut pelantun Its A Trap itu, sebenarnya dia sudah memberi bayangan sejak awal November mengenai kolaborasinya bersama Fimie, namun ada diantara mereka yang tidak mengetahui mengenai kolaborasi tersebut dan terus menularkan perkara yang tidak benar.

“Sebenarnya kenyataan dari Fimie agak neutral tetapi saya tidak faham kenapa masyarakat kita selalu ambil perkara negatif. Padahal kita dah bagi ‘hint’ dari awal November lagi mengenai kolaborasi ini tetapi orang tak nak fahamkan dan terus membuat tanggapan masing-masing. Tau-tau je tuduh curi lagu padahal saya dah bagitau sebelum ini”

Di sebalik kecaman yang diterima, Syahiran bersyukur kerana single tersebut menerima komen yang cukup positif daripada peminat apatah lagi turut menerima sokongan dari rakan duetnya itu.

“Alhamdulillah, macam lagu sebelum ini berjaya capai target. Cuma untuk kali ini, saya minta maaf kepada Fimie sebab saya tak dapat fokus 100% untuk promosikan lagu ini. Jenis saya akan bagi 200%, tetapi kali ini mungkin agak sedikit melencong kerana ingin beri tumpuan sedikit dalam Dansa Dan Sing

Fimie memang faham saya masuk pertandingan ini. Saya ada cakap dekat dia, kita buat sama-sama dan kita habiskan sama-sama.Begitu juga dengan 2Twenty2 Squad perkara yang sama juga saya maklumkan untuk beri yang terbaik buat kedua-duanya.”

Mahu Hiburkan Peminat 

Mengenai Dansa Dan Sing, Syahiran menganggap setiap daripada peserta mempunyai aura tersendiri.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Tidak menganggap ianya sebagai satu persaingan secara keseluruhan, bagi penyanyi ini dan peserta-peserta lain mereka mahukan beri yang terbaik buat peminat dan memberi satu impak yang baharu di dalam industri muzik.

“Bagi saya semua dekat sini mempunyai pengalaman yang berbeza. Mungkin ada yang menganggap kami akan bersaing satu sama lain bersugguh, tetapi bagi saya dan penyanyi-penyanyi yang lain kami cuba untuk memberikan ‘vibes’ terbaik buat peminat-peminat dan industri”

Sebagai info, Syahiran mula dikenali apabila muncul sebagai juara bakat JoHaRa dan turut mengharumkan nama negara apabila menjadi satu-satunya peserta dari Asia yang berjaya mara ke pusingan kedua Britain’s Got Talent 2013.

Fimie DonRaja Syahiran
https://lomp.at/2glu2
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara