Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Rakam Lagu Single Hingga Disihir? – Rizal Ismail

by Jash Lee
March 27, 2021
Share on Facebook

Norrizal Bin Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Rizal Ismail yang dilahirkan pada 6 Disember 1984 di Hospital Kampung Awah, Temerloh, Pahang merupakan anak ke 5 dari 8 orang adik beradik. Rizal adalah pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan di UPSI dan kini dia bekerja sebagai seorang pendidik dan pernah bekerja separuh masa sebagai penyampai radio di siaran IKIMfm.

Mungkin ramai yang kurang mengenali siapakah Rizal Ismail. Rizal mula mencipta nama dalam industri seni tanahair sejak tahun 2009 lagi dan dia merupakan ahli sebuah kumpulan nasyid Destiny. Mereka telah menghasilkan 3 album bersama. Album pertama pada tahun 2010 yang berjudul Destiny, Album kedua Bersama Rindu pada tahun 2012, Indah untuk judul album ketiga yang dihasilkan pada tahun 2015, manakala single solo pertama Rizal Ismail pada tahun 2020 yang berjudul Kasih Terindah adalah ciptaan sepenuhnya oleh Along Exists, lirik oleh Eiz Gerilia, Fedtri Yahya dan dia sendiri. Rizal juga baru sahaja selesai dalam penghasilan muzik video untuk single terkininya yang berjudul Korban Kasih.

Menurut Rizal, lagu Kasih Terindah merupakah kisah pengalaman misteri dalam hidupnya hingga tercurahnya idea untuk menghasilkan single tersebut. Lagu tersebut juga berkisahkan tentang kisah perjalanan kehidupan seseorang yang mengalami tekanan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup. Akhirnya bertahan dan terus kembali kepada penciptanya. Tetapi, jika ditonton video muzik lagu tersebut sebenarnya memaparkan cinta tiga segi yang berakhir dengan kekecewaan dan ini membuatkan penonton merasa keliru dan beranggapan sebaliknya.

“Sepatutnya jalan cerita dalam video muzik Kasih Terindah adalah berbeza dari idea saya, sebenarnya muzik video yang terhasil itu adalah idea asal sepenuhnya oleh Rio Production yang mencadangkan untuk menukar jalan cerita di saat akhir. maka terhasillah muzik video tersebut.” Kata Rizal.

Dalam satu temubual kami bersama Rizal, dia telah mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa sihir sewaktu merakamkan lagu singlenya. Menurut Rizal, dalam proses untuk rakaman, dia telah diganggu hingga kerap kali jatuh sakit dan tidak dapat menyanyi serta rakaman lagu tersebut terpaksa ditangguh beberapa kali. Fikirannya menjadi serabut hingga terasa seperti ingin mencederakan diri sendiri, ibadat wajib dan mengaji Al-Quran menjadi berat dan sempit seolah-olah sesak di dada.

Rizal juga sering diganggu dengan bisikan dan suara-suara pelik hingga tidak dapat tidur malam selama 3 hingga 4 bulan. Selepas berjumpa dengan seorang ustaz untuk merawatnya melalui kaedah perubatan islam, berbagai kejadian telah berlaku.“Saya jumpa rambut orang tua beberapa kali di telapak tangan, terlihat ular di depan mata dan mimpi yang menyeramkan menghantui hidup saya. Peristiwa ini sangat menjejaskan kerja dan usaha saya tertangguh kerana sering jatuh sakit, demam panas secara tiba-tiba dan batuk yang teruk serta macam-macam lagi. Ustaz yang membantu memulihkan keadaan saya  menyatakan bahawa saya telah disihir oleh orang yang dengki dengan pencapaian Rizal sekarang. Penyihir juga berniat untuk membuat Rizal susah mendapat jodoh, pintu rezeki tersekat, hilang seri wajah dan orang benci apabila melihatnya.” kata Rizal.

Rizal mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkan proses rakaman lagu tersebut dengan sempurna. Walaubagaimanapun, sambutan dan penerimaan lagu Kasih Terindah amat positif dan telah berada di semua platform digital dan disiarkan di corong radio seluruh Malaysia.

Harapan Rizal, semoga karya yang dikongsikan dengan masyarakat dapat diterima dengan baik kerana baginya karya seni juga adalah salah satu medan dakwah untuk menyampaikan pesanan, ingatan dan nasihat yang positif kepada pendengar agar dapat menjadi saham di akhirat kelak.

Jom kita layan muzik video Kasih Terindah yang telah dikeluarkan oleh label ternama di Malaysia iaitu MVM Production. selamat berhibur!

YouTube video
Rizalismail artisbaru pendidik disihir
https://lomp.at/qqs8w
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara