Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Kaum Ibu Nak Cop Anak Ozlynn Wati & Johan Buat Menantu, Apa Kes?

Ramai rakan artis dan kaum ibu memuji sikap rajin anak perempuan Ozlynn dan Johan

by Puteri Alia
July 7, 2022
via Instagram Ozlynn Wati & Johan

via Instagram Ozlynn Wati & Johan

Share on Facebook

Satu perkongsian di Instagram milik pelakon jelita Ozlynn Wati bersama suaminya, Johan, yang merupakan pelawak dan penyampai radio terkenal mencuri perhatian ramai warganet dan juga lensa Murai MY hari ini di media sosial mereka.

Dedah Anak-Anak Memang Suka Buat Kerja Rumah

Ozlynn memuatnaik rakaman video anak perempuannya, Nur Latifah Moleiq Hanania sedang mencuci pinggan dan cawan dengan penuh fokus.

Dalam coretan yang ditulis Ozlynn bersama hantaran video tersebut, pelakon jelita ini mendedahkan bahawa anak perempuannya itu sangat suka melakukan kerja rumah sejak dari kecil lagi dan tidak pernah kisah dengan barang mainan.

“Moleiq ni ada satu perangai yang kadang susah betul nak baca.. Pastu sejenis yang kalau dia nak, makna dia nak.. Contoh basuh pinggan.. Kalau dia cakap, dia nak tolong.. Dia akan tolong.. Tapi kalau kita dah terbasuh pinggan tu.. Dia akan melalak.. Sebab dia cakap tu kerja dia..

Tak dapat toys pun tak apa.. Dia takkan melalak.. Tapi kalau tak dapat buat kerja.. Mesti melalak.. Lipat baju ke, angkat baju ke.. Memang dari kecil.. Dia dengan Haziq memang ada perangai ni.” Dedah Ozlynn

Dalam pada itu, Ozlynn juga berkongsi cerita bahawa anak lelakinya Haziq kini telah pandai memasak walhal anak terunanya itu baru berusia sembilan tahun.

Menurut Ozlynn lagi, dia mengatakan kemungkinan sikap suka membantu anak perempuannya itu hadir kerana mengikuti sikap abangnya Haziq yang juga ringan tulang membuat kerja rumah.

“Haziq pun pandai masak tau.. Haziq baru 9 tahun.. Suka tolong kat dapur.. Kalau papa dia nak makan ramen dengan cheese.. Memang dia lah yang masak semua.. Tak ada siapa tolong pun.. Rasa perangai Moleiq ni memang ikut abang Haziq.. Kuat makan pun sama..” Coretnya

via Instagram Ozlynn Wati & Johan

Rakan Artis Dan Netizen Puji Moleiq

Melihat aksi anak perempuan Ozlynn dan Johan begitu fokus membasuh pinggan dan cawan sambil menyanyi ria, membuatkan ramai rakan selebriti dan juga warganet membanjiri ruangan komen muatnaik tersebut.

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

Rata-rata ramai yang memuji Moleiq seorang anak yang rajin dan tidak kekok membuat kerja rumah, ada juga yang memberi komen mengatakan anak perempuan Ozlynn dan Johan ini sesuai dijadikan sebagai menantu pilihan hati.

“Rajin anak mummy, sama macam mummy nya” – @sherry_alhadad

“Anak yang baik” – @iamellymazlein

“Best nyaaaa” – @fashasandha

via Instagram Ozlynn Wati & Johan

“Saya lock ni buat menantu”

“Didikan ibu ayah yang terbaik, sebab tu turun ke anak”

“Hai menantuku sayang, molek sungguh sama dengan namanya”

“Tangan tu tak kekok langsung” komen mereka

via Instagram Ozlynn Wati & Johan

“Untungnya anak ramai semua terbaik”

“Hebat Moleiq”

“Menantu pilihan ni”

“Rajinnya Moleiq. Boleh buat menantu ni” komen mereka lagi

Untuk rekod, Ozlynn dan Johan dikurniakan enam cahaya mata iaitu tiga orang putera dan tiga orang puteri yang diberi nama Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Kecil-kecil dah rajin, bertuah Ozlynn dan Johan dapat anak-anak yang bijak dan ringan tulang macam ni!

johanOzlynn Wati
https://lomp.at/t6d43
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara