• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ramai Terkejut! Riena Diana Menangis Dalam ‘Live’ Kerana Wanita Ini

by Khai Azfar
February 15, 2021
Share on Facebook

Pelakon remaja wanita popular, Riena Diana mengejutkan peminat baru-baru ini apabila dia dilihat secara tiba-tiba mengalirkan air mata.

Riena Sebak 

Kejadian itu disaksikan oleh ribuan peminat yang menonton secara langsung di Instagram TV (IGTV). Pada malam Khamis lalu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamariena Diana Zulreal, 24 gagal menahan sebak ketika mendengar pendedahan eksklusif yang dibuat oleh pengasas produk kesihatan C-MARY, Puan Siti Mariam yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Difahamkan, Riena telah mengadakan segmen perkongsian pelbagai kisah bersama mereka yang terpilih pada setiap minggu bermula dengan kisah wanita OKU ini. Dalam sesi tersebut, Riena dilihat beberapa kali mengelap air mata nya.

Ketika dihubungi, menurut pelakon drama Kampung People ini dia akui secara tiba-tiba menjadi sebak kerana kisah tersebut telah menyentuh hatinya.

“Kita sama-sama berkongsi rezeki, yang mana saya boleh tolong, saya akan cuba tolong mereka”

“Orang yang nampak kecil ini, mereka sebenarnya kuat semangat. Apa yang Kak Siti kongsikan menyentuh perasaan kita. Bila dengar pun, automatik kita akan rasa ‘Ya Allah bersyukurnya apa yang aku ada sekarang’”

“Contohnya macam saya sendiri. Beberapa hari lepas menangis kerana risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras. Tetapi apa-apa pun sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita”

“Jangan sesekali mengeluh kerana mereka lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat” katanya kepada Murai.my

Mahu Kongsi Platform Pada Yang Memerlukan

Tambah Riena lagi, melihatkan ramai orang di luar sana mengalami kesempitan hidup dan bersusah payah mencari rezeki,membuatkan dia terinspirasi untuk mengadakan segmen tersebut pada setiap minggu. Bukan hanya membantu mereka, malah secara tidak langsung akan memberi kesedaran buat dirinya yang kini sedang mengusahakan perniagaan laksa secara kecil-kecilan.

Menerusi laman Twitter pula, terdapat perkongsian yang mendapat ratusan ulang kicau (Retweet) daripada pengguna yang memuji sikap prihatin pelakon ini yang sudi meluangkan masa dan berkongsi platform untuk membantu mereka yang memerlukan

“Terima kasih kepada Kak Siti kerana sudi berkongsi mengenai kehidupannya . Kita sama-sama tolong tanpa mengira siapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya. Saya cuba kongsikan segala apa yang boleh. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan semangat buat semua orang terutama mereka yang menjalankan perniagaan”

“Jangan putus asa.Walau apa jadi sekali pun kita mesti teruskan dan pesanan ini juga dititipkan buat diri saya” tambahnya lagi

https://twitter.com/dauspozi/status/1360511807526375424

Mahu Bantu OKU Lain

Bagi Siti pula,berkongsi pengalaman hidupnya buat pertama kali membuatkan dia berasa terharu kerana diberi peluang untuk bersiaran langsung bersama Riena.

Enggan menjaja kisah pahitnya terdahulu untuk meraih simpati, sebaliknya bagi ibu kepada dua cahaya mata ini dia ingin menunjukkan bahawa OKU sepertinya juga mampu berjaya tanpa perlu berputus asa.

“Saya orang biasa, tak tahu apa-apa sangat mengenai sosial media tiba-tiba dipelawa oleh selebriti popular seperti Riena untuk berkongsi kisah hidup, saya rasa bersyukur dan terharu sangat”

“Saya sebenarnya merupakan pemegang kad OKU kerana insiden tergelincir pada Januari 2012 sewaktu pulang dari bekerja membuatkan saya tidak mampu berjalan seperti biasa. Ketika itulah, bermula titik hitam dalam kehidupan saya apabila doktor mengesahkan urat kaki saya putus”

“Saya sendiri tidak menyangka akan diuji sedemikian. Bayangkanlah kesan daripada insiden itu dan saya tidak mampu berjalan seperti biasa” kata Siti

Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak tertanggung, Siti nekad untuk mencari penawar penyakitnya sehinggalah tampil dengan produk sendiri.

“Saya akui sudah berhabis ribuan ringgit untuk sembuh tetapi saya tidak mengalah. Sehinggalah saya berjaya menemui ‘supplement’ yang membantu saya kembali berjalan seperti normal, saya nekad untuk mengeluarkan produk sendiri dan berharap untuk membantu orang ramai untuk kembali sihat seperti saya” dedahnya

Menjadikan dirinya sebagai testimoni yang berjaya, Siti juga mendoakan agar lebih ramai golongan OKU diluar sana untuk berjaya dalam bidang masing-masing dan buktikan pada orang ramai bahawa kekurangan pada diri bukanlah satu batasan.

Riena DianaRiena Diana Menangis
https://lomp.at/ihnhz
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore