Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Ramai Terkejut, Wajah Princess Anisha Sarat Mengandung Mirip Julia Rais

by Phic ARMAN
January 9, 2026
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok @mateen.anisha2024 kini mencuri perhatian ramai apabila ia memaparkan kompilasi momen manis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam, yang kini sedang sarat mengandung. Walaupun bakal ibu, aura Princess Anisha tetap terserlah  malah ramai mengatakan wajahnya kini semakin berseri-seri.

Berseri Seperti “Royal Glow”

Lahir pada 14 November 1994, Anisha Rosnah sememangnya dikenali dengan personaliti lembut dan penampilannya yang elegan. Dalam video tersebut, senyuman manisnya menjadi tumpuan  ada sesuatu tentang air muka Anisha ketika mengandung yang membuatkan ramai penonton terasa “terpanggil” untuk menatap dua tiga kali.

Setiap babak menunjukkan dirinya tampil bergaya meskipun berbadan dua, namun tidak pernah berenggang daripada suaminya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah. Pasangan ini kelihatan sangat serasi, vibe mereka penuh kelembutan dan rasa saling melengkapi.

“Macam Julia Rais!” – Netizen Terpegun

Yang paling menarik, ruangan komen dibanjiri pujian,  bukan saja memuji keanggunan Anisha, tetapi turut membandingkan wajahnya dengan Julia Rais, aktres terkenal era 80-an yang cukup ikonik dengan kecantikan klasiknya.

“She looks stunning with baby Anisha.”
“Cantek isteri pengerang mengandong.”
“Serius macam Julia Rais masa muda.”

Pujian demi pujian membuktikan Anisha bukan sahaja mempunyai ‘royal glow’, tetapi juga pesona timeless yang mengingatkan ramai pada bintang legenda.

Julia Rais, pelakon era 80an

Bukan Sekadar Jelita, Juga Bijak & Berwibawa

Selain kecantikan, ramai juga mengagumi pencapaian Princess Anisha. Beliau merupakan graduan Universiti Bath, United Kingdom, serta pengasas label fesyen Silk Collective. Tidak berhenti di situ, Anisha juga merupakan pengasas bersama Authentirary, sebuah agensi pelancongan berkonsep budaya yang pernah dipaparkan dalam majalah Esquire.

@anishaik.tmski

Prince Mateen’s number one supporter 🥺💓 #princemateen #princessanisha #tmski #anishaik #royalfamily

♬ original sound – Hans – 𝟑𝟎𝟑 Hans

Menerusi kompilasi video tersebut, jelas terlihat bahawa kehamilan bukan mengubah Anisha, tetapi menyerlahkan lagi seri dan auranya. Dari gaya, personaliti, hingga cara dirinya membawa diri di samping Pengiran Muda Mateen semuanya memancarkan kebahagiaan.

Ramai terpegun, ramai tumpang bahagia, dan netizen sememangnya sepakat: Princess Anisha sedang mengandung pun tetap kelihatan memukau.

[VIDEO] Penampilan Terkini PAI Anisha Rosnah Curi Perhatian- "Glowingnya Bakal Ibu"
anisha rosnahmateen
https://lomp.at/nceoh
Share20Tweet12SendShare

KINI TRENDING

via freepik
Sosial Buzz

RM10 Segelas Air? Netizen ‘Sound’ Harga Minuman Bazar, Jenama Besar Pula Dipuji

by Noe
February 25, 2026

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar semestinya menjadi lokasi yang wajib disinggah oleh orang ramai. Namun, tahun ini, isu harga...

Read moreDetails
via Pinterest
Sosial Buzz

“Ingatkan Tester, Rupanya Kena Bayar”- Pelajar Kecewa, Netizen Berbelah Bahagi Isu Salah Faham Di Farmasi

by Noe
April 7, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelajar mendakwa terpaksa membayar hampir RM100 bagi sebuah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Neelofa Tekan Kuasa Teknologi, Fidyah Kini Lebih Mudah Dengan TheNoor & ikhlas.com

by Phic ARMAN
February 12, 2026

Nama Neelofa sekali lagi jadi perhatian apabila beliau menegaskan komitmen TheNoor dalam membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah...

Read moreDetails
Berita

Raya 20 atau 21 Mac? Penentuan Syawal 1447H Bergantung Cerapan Hilal Malam Ini

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 kini menjadi perhatian ramai apabila umat Islam di Malaysia bakal mengetahui keputusan rasmi pada...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Chicken Popcorn Tak Sampai 20 Ketul, Pelanggan Luah Rasa Kecewa

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Satu perkongsian di Reddit mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelanggan mendakwa menerima kurang daripada 20 ketul popcorn chicken walaupun membuat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara