Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ramai Yang Tak Tahu, Kaitan P. Ramlee Dengan Kesultanan Perak

by Phic ARMAN
March 22, 2019
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tak tahu mengenai Seniman Agung Negara yang bernama P. Ramlee ini. Sememangnya, dari golongan anak muda hinggalah dewasa, filem-filem hasil buatan dan lakonan beliau sendiri tak pernah jemu ditonton walaupun berulang-ulang kali menontonnya.

Berusia 90 Tahun sekiranya masih hidup, hari ini merupakan ulang tahun kelahiran P. Ramlee yang dilahirkan pada tahun 1929.  Banyak kisah perjuangan P. Ramlee atau nama penuhnya Tan Sri Tun Datuk Amar Dr. Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh yang menjadi inspirasi buat semua anak seni. Tak kurang juga kisah peribadinya turut menjadi sorotan media.

Selain kisah penglibatan dirinya dalam dunia seni, masih ramai yang tidak tahu P. Ramlee memang punyai kaitan dengan keluarga kerabat diraja negeri Perak. Ini bukan bermaksud P.Ramlee adalah anak jati Perak tetapi bekas isteri beliau yang ke dua iaitu Noorizan Mohd Noor.

Foto: Orang Perak

Apa yang menariknya untuk makluman anda, Noorizan  ini adalah merupakan bekas isteri kepada Sultan Perak ke 32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang mana secara tidak langsung, beliau adalah bekas permaisuri negeri Perak pada masa itu.

Beliau berkahwin dengan Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada tahun 1954 pada usia 27 tahun. Pasangan diraja itu kemudiannya berpisah tidak lama kemudian.

Sultan Yussuff Izzuddin Shah

Jika anda tidak tahu, baginda Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pula adalah datuk kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35) dan ayahanda kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).

Mungkinkah kerana cinta, Noorizan sanggup tinggalkan Istana?  Hanya dia sahaja yang tahu! Norizan dan P. Ramlee telah berkahwin pada 6 Februari 1955 namun kerana P. Ramlee begitu sepenuhnya menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada 16 Oktober 1961.

Wow! Cantiknya Masbro Hidden Village, Rasa Macam Dalam Hutan Sebenar

Mungkin ada yang perasan tentang Noorizan ada berlakon dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973. Selepas 12 tahun bercerai, Noorizan ditawarkan oleh P. Ramlee untuk memegang watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung. Noorizan Mohd Noor meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun.

P Ramlee sempat menghasilkan sebuah lagu khas untuk Norizan sewaktu mereka masih bersama. Lagu Tidurlah Wahai Permaisuri merupakan hadiah buat Norizan.

YouTube video
Noorizan Mohd Noorp.ramleeperak
https://lomp.at/fyqps
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Rozita Ibrahim Nafi Hubungan Dingin Dengan Aliff Syukri, Akui ‘Beku’ Media Sosial

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Isu membabitkan hubungan usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita dan anak lelakinya, Dato Seri Aliff Syukri...

Read moreDetails
Lokal

“Tak Pernah Tengok Dia Marah Macam Ni..”-Azrul Zaidi

by Naddy Joe
April 24, 2026

Pelawak, pelakon, dan pengacara, Azrul Zaidi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sikap sebenar penyanyi Ameng Spring selepas tular tuduhan dakwaan...

Read moreDetails
Foto - @datoserividaofficial (TikTok) / @cikb_havoc66 (IG)
Lokal

“Sorry Guys, Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa”- Cik B

by Nurul A.
April 7, 2026

Nama ibu pempengaruh Cik B, Datuk Seri Vida jadi perhatian selepas tidak sengaja membangkitkan topik sensitif berkaitan bekas suami Linda...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

Zizi Kirana Kongsi Foto Bersama Keluarga Yusuf Bahrin, Netizen Puji

by Nurul A.
April 8, 2026

Terkini, penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin. Menerusi platform...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara