• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Randy Pangalila Bakal Muncul Dalam Filem Perjalanan Pertama!

Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila akui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia seperti dahulu.

by Arsiqin Yusof
July 9, 2022
Randy Pangalila ketika ditemubual Murai MY di Jakarta pada Khamis.

Randy Pangalila ketika ditemubual Murai MY di Jakarta pada Khamis.

Share on Facebook

Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila akui rindu untuk kembali berlakon di Malaysia seperti dahulu.

Menurut Randy, dia ada berbincang dengan beberapa pihak di Malaysia namun banyak rancangan yang tertangguh, malah ada yang dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.

“Saya sangat rindu untuk kembali berlakon di Malaysia, ada banyak juga saya sudah bincangkan bersama pihak di Malaysia termasuk penghasilan siri Gantung 2 yang mahu dibuat di sana (Malaysia).

“Tapi apakan daya, COVID-19 terjadi dan perkara ini terjadi di luar dugaan kita semua, jadi banyak perkara yang tertangguh dan tidak jadi.

“Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon dengan orang Malaysia kerana memang memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada saya,” katanya kepada Murai MY.

Randy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Filem Perjalanan Pertama di Epicentrum XXI, Kuningan Jakarta pada Khamis.

View this post on Instagram

A post shared by randy pangalila (@randpunk)

Mengulas tentang watak dalam filem berkenaan, Randy menganggap ia berkait rapat dengan perjalanan hidup dirinya sendiri.

“Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai orang asing yang berjumpa dengan seorang wanita. Dalam karakter itu ada satu ‘punchline’ yang mengatakan bukan semua hubungan yang sudah kenal lama akan kekal, tidak semestinya juga yang baru saja kenal tidak akan kekal.

“Saya setuju dengan hal itu kerana ia berlaku dalam hidup saya sendiri. Saya dan isteri saya pun tidak lama berkenalan dan ternyata kami ada jodoh dan terus bernikah, membina kehidupan bersama dan kini memiliki cahaya mata.

“Jadi, disebabkan mesej itu ada kaitan dengan hidup saya, ia merupakan salah satu faktor saya terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini dan tentunya saya amat menyukai karya-karya pengarah Arief Malinmudo, semuanya bagus,” katanya lagi.

Perjalanan Pertama merupakan kerjasama syarikat penerbitan Mahakarya Pictures dari Indonesia dan D’Ayu Pictures (Malaysia).

Selain Randy Pangalila, Filem ini turut menampilkan pelakon berbakat lain seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan ramai lagi.

Perjalanan Pertama telah ditayangkan di Moslem Film Festival Australia dan Jogja-NETPAC Asian Film Festival tahun lalu.

Seterusnya, ia bakal menemui para penonton di Indonesia di pawagam bermula 14 Julai ini, diikuti Malaysia pada 18 Ogos depan.

Kepada pembaca Murai MY terutamanya peminat Randy Pangalila, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini!

randy pangalila
https://lomp.at/xlckc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Berita

Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

by Naddy Joe
December 24, 2025

Personaliti media sosial dan anak jutawan terkenal, Vincent Tan iaitu Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya selepas selamat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”

by Farah Fatihah
December 18, 2025

Kontroversi melibatkan jemputan rasmi ke sebuah sekolah yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial akhirnya menemui titik reda...

Read moreDetails
Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore