• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Rantai Mutiara, Harry Styles, Antara Momen Ikonik Mendiang Pereka Fesyen Vivienne Westwood

by Lisa Ghani
December 30, 2022
Foto - Hypebeast

Foto - Hypebeast

Share on Facebook

Pagi ini dunia fesyen suram dengan berita kematian pereka fesyen legenda Vivienne Westwood yang meninggal dunia pada usianya 81 tahun.

Menurut satu kenyataan di akaun media sosial, mendiang meninggal dunia di Clapham, England dikeliling ahli keluarganya.

View this post on Instagram

A post shared by Vivienne Westwood (@viviennewestwood)

“Vivienne Westwood meninggal dunia hari ini, dengan tenang dan dikelilingi oleh keluarganya, di Clapham, London Selatan. Dunia memerlukan insan seperti Vivienne untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik.”

Vivienne Westwood mencipta kemasyhuran pada era 1970-an apabila membawa fesyen punk ke arus perdana dengan membuka butik di King’s Road London bersama pengurus Sex Pistols Malcolm McLaren.

Foto – Getty

Mendiang kemudian menubuhkan jenama fesyen global dengan rangkaian butik yang kini beroperasi di United Kingdom, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan Asia.

Bukan itu saja, Vivienne Westwood menerima gelaran tertinggi daripada Ratu Elizabeth II pada 2016 sebagai ‘Dame’ terus mereka bentuk, mencipta karya seni, menulis buku dan berusaha untuk menyumbang kepada mengubah dunia menjadi lebih baik. Empayar legenda ini akan terus dikenang.

Salah satu momen Vivienne Westwood yang paling ikonik adalah topi viral yang dipakai pemuzik Pharrell Williams pada Anugerah Grammy ke-56. Dinamakan ‘Buffalo Hat’ merupakan rekaan pereka tersebut untuk koleksi musim luruh/sejuk 1983.

Foto – Getty

Dua Lipa menggegarkan pentas Anugerah Brit dalam persalinan Union Jack dari Westwood. Busana merupakan transformasi gaya ikonik Spice Girls Geri Halliwell pada era 90-an.

Foto – Getty

Untuk muka depan Rolling Stone pada bulan September, Harry Styles dalam balutan bulu burung unta, salah satu signature Vivienne Westwood.

Foto – Getty

Aksesori ikonik Three Row Pearl Bas Relief Choker yang dihiasi dengan kristal Swarovski mula dilihat pertama kali pada tahun 1992. Westwood mencipta rantai ikonik sebagai perhiasan yang dipakai oleh wanita diraja dahulu, dengan rupa grunge yang lebih kontemporari.

Foto – Getty

RIP Vivienne Westwood!

Fesyen PunkVivienne Westwood
https://lomp.at/jpezc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore