Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Real Losers”- Firdaus Wong Tegur Netizen Yang Buat ‘Fake Account’?

Pendakwah terkenal jelaskan individu boleh menipu orang lain dengan identiti palsu di media sosial tapi bukan malaikat

by Puteri Alia
October 28, 2021
Foto - Instagram @firdauswong

Foto - Instagram @firdauswong

Share on Facebook

Tular di media sosial milik pendakwah bebas terkenal, Firdaus Wong yang memuatnaik perkongsian di Instagramnya mengenai isu akaun media sosial palsu.

Menipu Diri Dan Orang Lain Dengan Akaun Palsu

Pendakwah terkenal ini memuatnaik tangkap layar komennya di Twitter, mengenai individu yang sanggup membuat akaun palsu di media sosial.

Menurut Firdaus, penggunaan akaun media sosial palsu mungkin dapat menipu orang lain dengan identiti ciptaan mereka tetapi mereka tidak dapat menipu malaikat yang bertugas mencatat nama dan amalan manusia di muka bumi ini.

Foto – Instagram @firdauswong

“Kita boleh guna nama dan akaun palsu di medsos tetapi malaikat tetap akan catat NAMA & AKAUN AMAL TULEN kita. (Qaaf 50:18).

Kita rasa kita telah menipu dan memperbodohkan orang ramai tetapi kita hanya menipu dan memperbodohkan diri kita.

Kita akan menjadi ‘REAL LOSERS’ di akhirat!” komennya di Twitter

Malaikat Tidak Pernah Lalai Rekod Amalan

Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik di Instagramnya itu, pendakwah ini juga memberi peringatan kepada orang ramai yang membuat akaun media sosial palsu.

Bahawa malaikat tidak pernah leka dan lalai dalam merekod segala perbuatan mereka, yang menggunakan akaun palsu yang dicipta dan catatan tersebut akan dijadikan sebagai timbangan di akhirat kelak.

“Mereka sangka dengan mencipta ‘fake account’ identiti sebenarnya mereka dapat disembunyikan, tetapi malaikat tidak pernah leka dan lalai. Malaikat akan tetap mencatatkan perbuatan mereka dengan ‘fake account’ di NAMA & AKAUN AMAL TULEN mereka untuk pertimbangan di akhirat kelak:

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” Qaaf 50:18″ tulisnya di Instagram

Ingat setiap perbuatan yang dilakukan sama ada menggunakan identiti sendiri atau identiti palsu di media sosial, malaikat tidak pernah berhenti mencatat dan Tuhan Yang Maha Kuasa juga mengetahui apa yang kita lakukan.

Firdaus Wong
https://lomp.at/xg8j5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @umisyamazlan (IG) / @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Dah Serik, Tak Mahu Masuk Campur Dengan Pihak Sana”- Umisya Mazlan

by Nurul A.
March 31, 2026

Pempengaruh Umisya Mazlan tampil memberi penjelasan selepas namanya didakwa sering dikaitkan dengan isu rumah tangga suaminya, Ahmad Maslan dan isteri...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara