• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

realme 7 Pro Siap Ada Kamera Dengan Sensor Sony IMX682 64 MP

by Khai Azfar
September 22, 2020
6.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Benda pertama setiap kali nak beli telefon bimbit baru, mesti korang akan fikirkan mengenai kamera bukan? Tipu kalau cakap beli telefon bimbit tapi tak nak ada kamera yang cantik mahupun gempak.

Kalau korang fikirkan model telefon bimbit yang mempunyai ciri yang hampir lengkap dengan harga yang berpatutan mungkin boleh pertimbangkan realme 7 Pro. Berbanding dengan ‘adiknya’ iaitu realme 7 yang turut dilancarkan serentak, model Pro ini melengkapi segala-galanya.

Hanya 34 Minit Untuk Mengecas 100%

Sebagai contoh, kalau korang jenis yang ‘heavy user’ realme 7 Pro adalah telefon bimbit yang sesuai untuk korang miliki. Bayangkan dengan ciri 65W SuperDart Charge, korang hanya perlukan 34 minit untuk mengecas realme 7 Pro 100%. Cepat bukan? Oh ya tidak dilupakan, realme 7 Pro mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dan memori sehingga 8GB RAM serta storan sehingga 128GB.

Dilengkapi Sony IMX682 Sensor

Selain dilengkapi Qualcomm Snapdragon 720G Mobile Platform dan juga 6.4-inch (16.3cm) skrin penuh Super AMOLED, realme 7 Pro disertakan bersama 64MP Quad Camera. Bezanya model ini dengan siri realme yang lain, realme 7 Pro merupakan kamera yang dilengkapi Sony IMX682 sensor. Selain itu, kamera selfie yang disertakan dalam skrin hadapan pula bersaiz 32MP.

Untuk korang yang tidak tahu, kamera 64MP ini telah dikemaskini dengan memperkenalkan beberapa ciri dan mod terbaharu seperti Starry Mode, Pro Nightscape Mode dan Ultra Nightscape Video. Yang lagi best, model ini merupakan telefon bimbit pertama yang melepasi TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification! Memang power!

Pilhan warna? Jangan risau sebab dua warna yang tersedia iaitu Mirror Silver dan Mirror Blue pasti akan membuatkan korang jatuh hati untuk memilikinya. Buat korang yang sememangnya mempunyai nombor peribadi dan khas untuk kerja, realme 7 Pro dilengkapi dengan 3 slot kad iaitu dua slot untuk sim dan satu untuk kad memori.

Selain itu, beberapa fungsi menarik yang ada dalam model ini ianya disokong oleh UIS dan UIS Max Video Stabilization, Dual Stereo Speakers Dolby Atmos serta Hi-Res Certification AG Split Design. Ciri khas lain pula ianya mempunyai In-display Fingerprint. Menarik bukan? Jadi jika korang tanya kami, model apa yang bersesuaian untuk dimiliki dengan semua ciri yang best, semestinya realme 7 Pro. Berbaloi!

Berita baik buat peminat tegar realme,  realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September 2020. Sama seperti sebelum ini, kali ini realme akan melancarkan peranti baru mereka menerusi dalam talian (live streaming) di Facebook rasmi realme pada jam 12 tengahari.

Sama-sama kita nantikan!

realme 7 pro
https://lomp.at/04af6
Share6181Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Tak Sedar Akaun WhatsApp Kena Hack? Ini Tanda-tandanya!

by Phic ARMAN
October 9, 2020

Ramai orang di Malaysia menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp. Oleh kerana jumlah ini ramai, WhatsApp telah menjadi platform sasaran penggodam untuk...

Read moreDetails
Automotif

Wow! 5 Jenis Kereta Yang Memiliki Cukai Jalan Paling Mahal Di Malaysia

by Aphit J.
January 3, 2021

Cukai jalan ataupun road tax yang dikenakan kepada kenderaan dikira mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan status pemilikan. Berikut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore