Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Remy Ishak Tegas Selebriti Wajar Bersatu Suara Untuk Palestin Namun Pilih Berjuang Dengan Cara Tersendiri

by Puteri Alia
October 3, 2025
Share on Facebook

Pelakon Datuk Remy Ishak menyuarakan pandangannya bahawa selebriti wajar terus menggunakan pengaruh mereka untuk bersuara mengenai isu kemanusiaan di Gaza dan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Namun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, menegaskan bahawa cara beliau memperjuangkan isu itu berbeza kerana lebih selesa melakukannya tanpa perlu didedahkan kepada umum.

“Saya, malah kita semua pasti memperjuangkan hak Palestin. Sebagai selebriti, kita juga perlu bersuara untuk Palestin. Ada banyak cara kita berjuang untuk Palestin. Perjuangan saya berbeza, kalau saya nak bagi pandangan, besar. Apa yang saya kaji, banyak pengertiannya. Perjuangan saya, tak perlulah nak beritahu orang. Biar saya sahaja yang tahu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kenderaan SUV GAC EMKOO di pejabat GAC Glenmarie.

Kenyataan Remy hadir ketika perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang menyaksikan beberapa sukarelawan termasuk artis tempatan ditahan tentera Israel. Penyertaan mereka dianggap sebagai satu bentuk keberanian yang tinggi dan telah menerima sokongan padu daripada rakyat serta rakan-rakan artis lain yang menzahirkan solidariti dalam pelbagai cara.

Dalam majlis sama, pelakon filem Pulang itu diumumkan sebagai duta kenderaan terbaru keluaran GAC dengan kontrak selama dua tahun. Remy melahirkan rasa bangga apabila dipilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana percaya kenderaan itu mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin menitikberatkan teknologi moden dan aspek keselamatan.

“Saya berbangga dapat bekerjasama dengan GAC dan Tan Chong Motor kerana mereka membawa kemajuan dari segi teknologi automotif. Keperluan ini memang dicari rakyat Malaysia, semua nak teknologi baru bukan sahaja pada telefon, tapi juga kenderaan. Bukan sahaja dari segi teknologi, malah keselamatan turut menjadi aspek penting untuk kita dan ahli keluarga. Jadi, saya teruja dapat bekerjasama,” jelasnya penuh semangat.

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- "Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?"
remy ishak
https://lomp.at/u2fa5
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara