Reza Rahadian telah membuat keputusan untuk memeluk agama Islam semenjak beliau berusia 20 tahun. Walaupun dilahirkan dalam keluarga Nasrani, keputusan Reza untuk menjadi mualaf sama sekali tidak ditentang oleh ibunya, Pratiwi Widantini Matulessy.
via Youtube Daniel Mananta Network
Tiada Perdebatan Dan Pertengkaran
Melalui video di Youtube Daniel Mananta, Reza Rahadian mengenang kembali momen beliau membuat keputusan untuk menjadi mualaf, Reza menyatakan dia sempat meminta izin ibunya mengenai keputusan yang ingin dilakukannya.
“Ianya hak kamu untuk menentukan kepercayaan kamu. Pesan Mama cuma satu, jalani dan yakininya dengan baik.”- Pesan Ibu Reza Rahadian
Via Youtube Daniel Mananta Network
Reza turut menyatakan bahawa keputusannya itu tidak melakukan sebarang perubahan terhadap kehidupan keluarganya.
“Hubungan saya dengan ibu saya masih baik. Adik saya masih Nasrani, dan kami boleh hidup bahagia bersama dan menjalankan agama masing-masing. Ibu saya menyambut Krismas, saya yang paling gembira kerana momen saya untuk menghias pokok Krismas.”-Reza Rahadian
via Youtube Daniel Mananta Network
Reza Rahadian menyatakan bahawa tinggal bersama ibu dan adiknya yang mempunyai kepercayaan yang berbeza membuatkan Reza belajar untuk lebih bertoleransi. Dia masih membenarkan ibunya untuk ‘mengadakan kebaktian’ di rumah.
“Saya biarkan ibu saya menyambut Krismas, Easter di rumah. Di tempat saya berdoa, ibu saya dapat berdoa kepada Tuhan Jesus dengan caranya.”- Reza Rahadian
Reza Rahadian dan Ibunya, Pratiwi Widantini Matulessy
Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik hantaran mengenai individu yang...
Kebelakangan ini muncul pelbagai spekulasi mengenai pelakon Erra Fazira dengan ahli perniagaan Ezwan Zain. Berdasarkan pembacaan MURAI di media sosial,...
Pelakon meningkat naik, Amelia Christie, meluahkan rasa penat dan muaknya selepas berbulan-bulan berdepan gangguan menjijikkan daripada beberapa individu lelaki yang...
Jangan salah faham ye... Walaupun penyanyi-pengasas Rare Beauty, Selena Gomez dan supermodel-pengasas Orebella, Bella Hadid berkongsi bekas kekasih yang sama...
Pelakon, Shah Iskandar berkongsi khabar duka mengenai isterinya, yang terpaksa menggugurkan bayi di dalam kandungan setelah disahkan menghidap Sindrom Edwards....