• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Review 3AM Part 3: 3 Kisah Seram Namun 2 Sahaja Yang Berbaloi

by Khai Azfar
March 20, 2018
Share on Facebook

Semalam telah berlangsungnya Tayangan Perdana filem seram Thailand, 3AM Part 3 bersama pembaca murai.my yang bertuah. Terima kasih kepada GSC Movies kerana menjemput murai.my menjadi sebahagian yang terawal menonton filem ini.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

3 Kisah Seram Namun 2 Sahaja Yang Berbaloi Ditonton

Bercakap mengenai filem seram dari negara jiran, sememangnya ianya adalah sesuatu yang mesti ditonton kerana elemen seramnya lain daripada yang lain.

Akan tetapi kebanyakkanya sudah boleh dijangka dimana kebanyakan hantu thailand yang wujud terdiri daripada roh yang tidak tenteram kesan daripada dibunuh, bunuh diri mahupun tidak sedar bahwa ‘mereka’ adalah hantu.

Begitu juga dengan 3AM Part 3 ini. Kami difahamkan ianya adalah kesinambungan dari Part 1 dan Part 2 dan rata-rata pelakon juga adalah terdiri daripada pelakon yang sama. Di dalam Part 3, untuk kisah pertama ianya adalah mengenai roh hantu yang tidak tenteram berkeliaran di tol lebuh raya, menghantui pekerja disitu.

Pada permulaan filem ini, ianya terlalu perlahan sehinggalah saat munculnya hantu tersebut, barulah ianya menjadi semakin menarik untuk ditonton. Bagi kisah yang kedua pula, jujur kami katakan ianya seperti filem pertama yang diarahkan oleh pengarah baru walhal ianya diarahkan oleh pengarah berpengalaman.

View this post on Instagram

A post shared by Shukri Zainal (@shukrizainalofficial)

Tidak keterlaluan untuk kami katakan, kami hampir terlelap dan leka mencari dimanakah tarikan kisah kedua ini. Sehinggalah kisah ketiga yang bagi kami tunjang kepada kepada 3AM Part 3.

Masih lagi seram, namun elemen lucu dan sedih yang digabungkan dalam kisah ketiga ini sedikit sebanyak menghiburkan seluruh teater pawagam. Secara keseluruhan kami beri 3 dari 5 bintang!

View this post on Instagram

A post shared by Shukri Zainal (@shukrizainalofficial)

Review dari Propa Ranger

Sinopsis 3 AM Part 3

Kisah 1 : Expressway

Pada jam 3 pagi di sebuah lebuh raya yang sunyi dan gelap, terdapat 3 orang petugas yang sedang bekerja. Salah seorangnya adalah Pim, pekerja tol yang begitu ketagih dengan media sosal dengan berkongsi komen, kisah bersama pengikutnya.

Selain Pim adalah Ngoh, supervisor kepada Pim dan Jun, mekanik di syarikat yang sama. Segalanya bermula apabila Pim mula diganggu makhlus halus sehingga membuatkan dirinya histeria dan lari meninggalkan tol tersebut.

Walaupun begitu, makhluk tersebut tetap mengekori Pim sehingga memaksa Jun mencari Pim. Segalanya dapat dikaitkan pada penghujung kisah Expressway

Kisah 2 : One Night Stand

Tiada siapa yang ingin hidup dalam kesunyian begitu juga dengan Tan, seorang pelukis. Tan mempunyai seorang bekas kekasih yang bernama Oil.

Meskipun tidak lagi menjadi pasangan Oil tetap tidak mengalah dan mahu hubungan mereka pulih seperti sedia kala. Suatu hari ketika berada di dalam bar, Tan secara tidak sengaja telah bertentang dengan seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Napas. Sejak itu, Tan menjadi tidak keruan sehingga membuatkan beliau melukis wajah Napas dimana-mana sahaja.

Hasrat Tan untuk mendekati Napas tercapai dan beliau mengekori Napas pulang kerumahnya. Namun begitu, terdapat sesuatu yang pelik mengenai Napas mula diketahui Tan dan membuatkan Tan mula berasa sangsi. Adakah Napas wujud atau sebaliknya?

Kisah 3 : TV Casting

Mengenai sebuah set penggambaran yang menyeramkan. Pelbagai kisah misteri mula tersingkap. Bermula dengan usikan, serta penampakan makhluk yang menghuni di situ, krew penggambaran disitu mula mencari jalan untuk melarikan diri.

Ditambah pula sikap pengarah yang begitu tegas, membuatkan mereka terpaksa meneruskan penggambaran sehinggalah menemui pengakhiran yang begitu menyayatkan hati.

Filem 3AM Part 3 ini akan mula ditayangkan pada 22 Mac ini diseluruh pawagam GSC berhampiran anda!

filem 3am part 3review filem 3am part 3tiket wayang hangat
https://lomp.at/z8wt0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

by Aphit J.
November 1, 2025

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read more
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Filem

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

RTM terus membuktikan komitmennya dalam mempersembahkan karya yang bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang....

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Filem

RTM Siar Supertele “Srikandi” Angkat Martabat Wanita Melayu

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menyiarkan supertele bertajuk Srikandi, sebuah drama epik sinematik...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
Filem

‘Smile to Life’ – Drama Tentang Cinta dan Perjuangan Hidup Yang Buat Ramai Tersentuh!

Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read more
by Phic ARMAN
November 25, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem