Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal

by Phic ARMAN
December 10, 2025
59
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai pengguna hari ini mencari telefon yang benar-benar “berbaloi” untuk kegunaan harian. Sebab itu, apabila HONOR memperkenalkan Magic8 Pro, MURAI mula perhatikan bagaimana jenama ini sering membandingkan model baharu mereka dengan iPhone 17 Pro, sebuah telefon yang jauh lebih mahal.

Namun yang mengejutkan, dalam banyak aspek penting, Magic 8 Pro bukan saja mampu menyaingi, malah memberi nilai tambahan yang lebih praktikal untuk pengguna, terutama B40.

Bateri Besar, Namun Tetap Nipis

Satu perkara yang terus menyerlah ialah bateri 7,100 mAh. Dalam penggunaan seharian kerja, aplikasi sosial, fotografi telefon ini boleh bertahan lama tanpa perlu mengecas berulang kali.

Tetapi yang lebih mengagumkan, bila  bateri berada pada 98%, ia mampu bertahan sehingga 42 jam. Bayangkan, dua hari lebih penggunaan hanya dengan sedikit penurunan bateri. Ini sesuatu yang jarang kita lihat dalam telefon lain, termasuk model premium.

Walaupun besar, rekaannya kekal nipis dan ringan. Ini satu kelebihan ketara berbanding beberapa flagship premium lain yang lebih tebal walaupun kapasiti baterinya lebih kecil.

Prestasi Flagship Dengan Cip Snapdragon Elite Gen 5

HONOR jelas ingin membuktikan Magic8 Pro setanding dengan telefon premium. Dengan cip Snapdragon Elite Gen 5, pengalaman aplikasi berat, editing foto, dan gaming sangat lancar. Malah, dalam beberapa ujian dalaman HONOR, mereka sering membandingkan prestasi ini dengan iPhone 17 Pro, menekankan bahawa pengguna tidak perlu berbelanja ribuan ringgit lebih semata-mata untuk kelajuan dan smoothness.

Kamera Telephoto Dengan AI Yang Mengubah Permainan

Kamera telephoto yang boleh zoom 3.7x  dilengkapi digital zoom ini sangat menarik kerana imej tidak pecah seperti telefon lain dalam kategori sama. Ini kerana teknologi AI yang menambaikkan gambar, menjadikan ia lebih jelas dan natural. Bagi pengguna B40 yang tidak mampu membeli lensa kamera mahal, Magic8 Pro memberi alternatif fotografi yang jauh lebih mampu milik.

View this post on Instagram

Fotografi Malam Yang Semakin Dekat Dengan “Profesional”

Dengan Night Engine dan AI Cloud Enhancement, HONOR berjaya menghasilkan kualiti gambar malam yang setara dengan telefon yang lebih mahal. Gambar dalam rendah cahaya kelihatan terang, jelas, dan stabil. Bahkan ketika zoom, kualitinya tetap kukuh, sesuai untuk situasi harian seperti gambar di pasar malam, acara outdoor atau sambutan keluarga pada waktu malam.

Stabilization Yang Terbukti Lebih Mantap

Teknologi CIPA 5.5-stop image stabilization memastikan rakaman tangan pengguna tetap stabil. Ini menjadikannya pilihan sesuai untuk merakam video harian, vlog ringkas atau pergerakan pantas tanpa perlu gimbal tambahan.

Magic Color: Ciri Yang Buat Telefon Ini Lebih “Personal”

Pengguna kini boleh mengambil filter atau gaya warna kegemaran dari influencer fotografi terkenal dan menukarnya menjadi preset dalam Magic Color. Ia menjimatkan masa, dan sangat sesuai untuk mereka yang aktif memuat naik foto di media sosial tanpa perlu membeli preset berbayar.

Sehingga Tourism Malaysia Pun Terpikat

Salah satu bukti jelas kemampuan Magic8 Pro ialah apabila Tourism Malaysia memilih telefon ini sebagai peralatan fotografi mudah alih sempena Kempen Visit Malaysia 2026.
Ini bukan satu pencapaian kecil. Ia menunjukkan bahawa fotografi, kualiti video dan ketahanan Magic 8 Pro telah diuji dan dipercayai dalam situasi sebenar di lokasi pelancongan, dalam pelbagai pencahayaan, dalam penggunaan harian yang intensif.

Bila sebuah agensi pelancongan nasional yakin menggunakan telefon ini sebagai alat rasmi, ia memberi gambaran bahawa Magic 8 Pro bukan sekadar “telefon mampu milik”, tetapi sebuah peranti yang dihargai pihak profesional.

Harga rasmi Magic8 Pro bermula pada RM4,599, sama seperti model sebelumnya. Tetapi kali ini dengan keupayaan lebih canggih. Bagi yang ingin jadi antara yang terawal memilikinya, pra-tempahan bermula sekarang hingga 4 Disember 2025.

Selain telefon, pelanggan yang pra-tempah akan menerima pakej hadiah eksklusif percuma bernilai RM3,090, termasuk kamera aksi Insta360 Ace Pro, perlindungan retak depan & belakang 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan kerosakan cecair 1 tahun, serta akses Google AI Pro Higher selama 3 bulan. Tambahan lagi, pelanggan juga akan menikmati rebat segera RM300 apabila membuat bayaran penuh.

Boleh Lawan iPhone? Harga HONOR Magic8 Pro Diumumkan, Ini Antara Reaksi Netizen
Magic8 Pro
https://lomp.at/3yjzh
Share24Tweet15SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

by Phic ARMAN
February 12, 2026

Bahrain kini sedang bersiap untuk jadi hub pelancongan penting, bukan sahaja untuk Asia Tenggara tapi juga Eropah, dengan laluan baharu...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Tak Sampai RM60 Seorang, Glamping @ Wetland Putrajaya Tarik Perhatian Pengunjung

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kebiasaannya, pengalaman glamping sering dikaitkan dengan harga penginapan melebihi RM100 seorang. Namun, Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) tampil berbeza apabila...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @immersifykl
LifeXplore

WOW! Terokai Dunia Fantasi & Seni Interaktif di Kuala Lumpur, Immersify KL

by Farah Fatihah
February 3, 2026

Tak sangka, di tengah bandar ada galeri yang penuh seni, cahaya, dan teknologi sehingga buat kalian rasa macam masuk ke...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
LifeXplore

Akhirnya Kembali! HUAWEI Mate 80 Pro Buat Comeback Dengan 3 Ciri ‘Power’ Ini

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Sudah tiga tahun menyepi sejak kemunculan HUAWEI Mate 50, akhirnya HUAWEI Malaysia umumkan kepulangan siri Mate ke Malaysia. Kali ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara