• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Ini Kelebihan EZVIZ C8PF, CCTV Di Rumah Dengan Harga Mampu Milik

by Phic ARMAN
December 15, 2021
Share on Facebook

Ramai yang berfikir memasang CCTV di rumah memerlukan kos yang agak tinggi. Namun itu tidak tepat, kerana syarikat pembuat sekuriti kamera EZVIZ menawarkan harga mampu milik dan berkualiti. Kami di Murai MY berpeluang mencuba sendiri EZVIZ C8PF yang baru sahaja di lancarkan.

Ia memaparkan kualiti video yang mengagumkan walaupun pada waktu malam dan mempunyai beberapa tetapan yang boleh disesuaikan dalam aplikasinya untuk menyesuaikan ciri keselamatannya mengikut keperluan anda.

Ketika melakukan review untuk unit ini, kami boleh nilaikan secara keseluruhannya kualiti video pada tahap sederhana namun prestasi cahaya malap memang terbaik.

Kelebihan terbesar EZVIZ C8PF ini ialah anda boleh menukar sudut tontonannya dari jauh, dengan mudah pada bila-bila masa. Ia dilengkapi dengan dua lensa, termasuklah satu lensa telefoto 12.8mm dan satu lensa sudut lebar 2.8mm yang boleh dizum sehingga 8x dan merakam video berkualiti tinggi untuk tujuan tontonan terus daripada aplikasi ataupun untuk tontonan kemudian.

Sama seperti siri EZVIZ yang lain, pergerakan kamera pada EZVIZ C8PF juga boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih.  Ia boleh merakam pergerakan individu pada jarak 30m. Dengan kamera C8PF ini, EZVIZ dilihat memperkenalkan sistem kecerdasan buatan baru yang membolehkan kamera ini mengenalpasti bentuk manusia yang boleh ditetapkan untuk menghantar notifikasi kepada aplikasi EZVIZ pengguna sekiranya kamera ini melihat sebarang pergerakan individu dalam jarak penglihatan.

Untuk pemasangan, EZVIZ C8PF mempunyai tapak sokongan yang membolehkan kamera ini dilekatkan pada dinding atau siling rumah dengan mudah.

Proses pemasangan juga tidak sukar, peranti ini menyokong sambungan kabel LAN dan WiFi, jadi anda hanya memerlukan sumber kuasa atau palam yang boleh mencapainya. Bahagian belakang badan disediakan dengan lubang kabel LAN RJ-45 dan USB Mikro.

Lebih menarik perhatian kami, ia hadir dengan mikrofon dan pembesar suara terbina yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan sesiapa yang berdiri di hadapan kamera ini.

Sebenarnya, EZVIZ C8PF  sangat sesuai sekiranya dipasang di luar rumah. Ini kerana ketahanannya yang kalis cuaca, tak kira ketika hujan atau panas.

Kalau anda berminat untuk memasangnya di menjaga keselamatan rumah keluarga atau di rumah sendiri, boleh dapatkan Shopee dan Lazada pada harga RM449. Murah dan berbaloi kan?

cctvEZVIZEZVIZ C8PF
https://lomp.at/anjht
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore