• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Quiet Comes The Dawn Filem Seram Yang Tak Sampai?

by Khai Azfar
September 12, 2019
Share on Facebook

Semalam, murai.my dengan kerjasama GSC Movies telah mengadakan ‘Preview Screening’ bersama-sama dengan pembaca bertuah kami bagi menonton filem seram Rusia berjudul Quiet Comes The  Dawn di GSC One Utama.

Filem Rusia Masih Lemah?

Tidak pasti berapakah jumlah tontonan filem Rusia kami, namun hakikatnya sehingga ke hari ini tiada satu pun filem dari negara tersebut yang pernah ditayangkan di pawagam tanah air berjaya menambat hati kami. Barangkali masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri. Sama juga seperti filem Quiet Comes The  Dawn ini yang mana bagi kami filem ini mungkin mempunyai kelebihan sedikit berbanding filem-filem seram Rusia sebelum ini. Perlu diingatkan, filem ini juga telah dialih bahasa asalnya ke Bahasa Inggeris. Kami pernah bertanyakan pada pihak pawagam mengapakah filem dari Rusia telah dialih bahasa dan jawab mereka SOP antarabangsa telak meletakkan syarat sedemikian supaya ianya layak ditayangkan sebagai filem komersial.

Permulaan Agak Meleret 

Spoiler Alert! Bagi filem ini, permulaannya penonton telah disajikan dengan babak ‘suspen’ yang memperlihatkan seorang wanita mengandung mati terbunuh dalam sebuah insiden kemalangan yang agak menakutkan.

Namun begitu, kelemahan filem ini jelas terserlah apabila pembawakan jalan ceritanya seperti agak meleret dan kami ternanti-nanti kemunculan makhluk ataupun kelibat seram yang sudah pastinya menjadi tunjang utama filem ini. Boleh dikatakan hanya 2/10 sahaja paparan tersebut ditayangkan dan selebihnya hanya leretan pengembangan setiap watak yang pada kami seperti tiada kaitan.

Kualiti Visual Layak Dipuji 

Secara keseluruhan boleh dikatakan pengarah filem ini mempunyai idea namun ianya tidak berjaya dihasilkan dengan begitu baik. Biarpun begitu,kualiti visual dan beberapa elemen jump scare masih layak dipuji dan suka untuk kami gambarkan Quiet Comes The Down sebagai filem yang masih lagi boleh ditonton biarpun secara jujurnya kami tidak menggemari filem yang dialih bahasa kerana sedikit sebanyak menghilangkan ‘mood asal’ sesebuah filem terutamanya genre seram.

Buat anda yang ingin menonton filem ini, jangan lupa ke pawagam GSC berhampiran bermula 12 September ini.

Sinopsis Quiet Comes Dawn 

YouTube video

Filem ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang baru sahaja kematian abangnya. Kerap kali bermimpikan abangnya yang meninggal dalam keadaan misteri, mimpi buruk itu yang jelas dilihat kini telah menghantuinya. Bagi mengubati perasaan itu, dia telah mengambil rawatan di Institut Somnology bersama dengan pesakit lain. Disitu, dia telah disuntik dengan sesuatu cecair yang mana apabila menjelang Subuh, sesuatu yang lebih menakutkan telah terjadi!

Quiet Comes The Dawnreview filem Quiet Comes The Dawnsinopsis filem Quiet Comes The Dawn
https://lomp.at/na0zn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Polis Evo Kekal Kukuh 10 Tahun: Pencetus Revolusi Industri Filem Tempatan

by Aphit J.
September 21, 2025

Francais Polis Evo meraikan ulang tahunnya yang ke-10, menandakan satu dekad kejayaan dalam dunia filem Malaysia. 10 Tahun Kejayaan Francais...

Read more
Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read more
by Phic ARMAN
November 25, 2025
Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Filem

RTM Siar Supertele “Srikandi” Angkat Martabat Wanita Melayu

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menyiarkan supertele bertajuk Srikandi, sebuah drama epik sinematik...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Filem

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

RTM terus membuktikan komitmennya dalam mempersembahkan karya yang bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang....

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Filem

‘Smile to Life’ – Drama Tentang Cinta dan Perjuangan Hidup Yang Buat Ramai Tersentuh!

Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore