• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] realme TechLife Handheld Vacuum, Prestasi Terbaik & Memang Berbaloi Dengan Harga!

by Phic ARMAN
October 18, 2021
Share on Facebook

Memang canggih, vacuum keluaran terbaru dari realme ini sangat berbaloi dan tak mahal pun. Ya, memperkenalkan realme TechLife Handheld Vacuum  yang dilengkapi dengan daya sedutan 9.5KPa dengan penyedut debu 140w.  Ia mampu menjadi penyelamat di saat kita terlalu sibuk atau tidak punya banyak masa untuk mengemas atau membersihkan rumah.

Saya berkesempatan untuk mencuba realme TechLife Handheld Vacuum selama 3 hari. Kali pertama memegangnya, ia begitu ringan dan bila dihidupkan, bunyi tak terlalu bising.

Terdapat bateri 2200mAh di dalam pembersih vacuum dan boleh memberi pembersihan selama 40 minit dalam mod lembut dan 20 minit pembersihan dalam mod kuat. Jadi boleh membersihkan diseluruh rumah, tak kira di lantai, permaidani, sudut tingkap, siling rumah, dalam kereta.

Dengan reka bentuk tanpa kabel, pembersih vakum ini beratnya hanya 1.3kg, sebab itu lah rasa begitu ringan.

Tapi malangnya tiada pilihan warna. Jika kita lihat jenama lain, ada pelbagai warna tapi untuk realme TechLife Handheld Vacuum hanya tersedia dengan warna putih. Jika anda membelinya, ini antara  item yang terdapat dalam kotak.

Pandangan Kali Pertama

Pandangan kali pertama, tak jauh beza dengan jenama lain. Sememangnya realme TechLife Handheld Vacuum mempunyai reka bentuk yang selesa untuk dikendalikan. Di bawah pemegang, terdapat satu bekas sampah sebesar 0.5 liter yang mudah untuk dibuka dan dibersihkan..

Untuk mengecas pun tak susah kerana lubang kecil  pengecas ada dibahagian bawah.

Ketika memegangnya, begitu mudah menekan butang kuasa dan terlihat 5 lampu yang menunjukkan hayat bateri.

Cara nak simpan selepas digunakan pun mudah kerana ia dilengkapi dengan wall hanger untuk kita gantung pada dinding. Jadi, proses penyimpanan lebih mudah dan proses untuk mengecas vacuum pun lebih selamat.

Peralatan Tambahan

realme TechLife Handheld Vacuum dilengkapi dengan 3 jenis kepala vacuum yang dapat digunakan untuk 4 jenis situasi pembersihan sama ada menggunakan Berus Lantai Bermotor, Berus 2 dalam 1 dan Alat Celah.  Dengan menawarkan 3 jenis kepala vacuum ini untuk fungsi dan permukaan tertentu, ia menjadikan realme TechLife Handheld Vacuum lebih versatil untuk kegunaan seharian di kediaman.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan realme TechLife Handheld Vacuum di rumah, saya sangat berpuas hati dengan prestasi vacuum ni. ‘Suction power’ atau kuasa sedutan dia pun kuat, iaitu setinggi 9.5KPa. Boleh sedut semua habuk-habuk dan rambut di lantai.

Antara perkara yang menarik ketika menggunakannya, terdapat lampu LED pada ‘Main Body’. Ini sangat membantu sekiranya anda mahu membersihkan lantai dalam cahaya malap seperti bawah sofa ataupun katil.

Untuk ruang yang sempit, saya menukarkannya kepada kepala Crevice Tool atau Alat Celah. Ia sangat membantu anda jika mahu membersihkan kawasan yang sukar dicapai contoh nya di tepi pintu, bingkai tingkap dan celah sofa.

Vakum ini dilengkapi penapis HEPA untuk memerangkap habuk mikroskopik dan ia boleh dibasuh selepas digunakan. Malah ia diperbuat daripada bahan mesra alam serta boleh digunakan semula selepas dicuci.

Harga

Secara keseluruhannya, realme TechLife Handheld Vacuum mempunya prestasi baik dan berbaloi dengan harganya. Produk ini boleh dibeli di Lazada bermula 18 Oktober 2021 pada harga RM399. Pembeli boleh menikmati harga istimewa RM349 yang hanya akan ditawarkan pada 18 Oktober sahaja.

Realme
https://lomp.at/d27yv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Tak Sedar Akaun WhatsApp Kena Hack? Ini Tanda-tandanya!

by Phic ARMAN
October 9, 2020

Ramai orang di Malaysia menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp. Oleh kerana jumlah ini ramai, WhatsApp telah menjadi platform sasaran penggodam untuk...

Read moreDetails
Teknologi

Lihat Apa Yang Menarik Dengan Dua Aplikasi Terbaharu Dari Digital Durian

by Phic ARMAN
July 21, 2020

Digital Durian melancarkan dua aplikasi baharu 'Aplikasi Didi & Friends' dan 'Aplikasi Omar & Hana'. Ia salah satu langkah proaktif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore