Sunday, October 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] SAMSUNG Galaxy Tab S8 Ultra, Skrin Besar Bukan Kelebihan Utama Tapi…

by Phic ARMAN
June 29, 2022
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kami melakukan UNBOXING baru-baru ini, ternyata  Galaxy Tab S8 Ultra sebenarnya tablet terbesar yang pernah dibuat oleh Samsung. Tapi, adakah dengan kelebihan skrin yang besar sudah cukup untuk ia terlihat istimewa?

Jawapannya adalah tidak. Sebenarnya saiz skrin yang besar pada Galaxy S8 Ultra bukanlah peranan utama. Tetapi terdapat banyak aspek lain pada tablet ini yang menjadikannya ia luar biasa, terutamanya bagi anda yang mahukan produktiviti dan hiburan dilakukan pada satu peranti.

Apakah kelebihan dan kekurangan Galaxy Tab S8 Ultra? Semak review ringkas di bawah.

Reka bentuk

Kami tidak perlu lagi membahaskan tentang rekaan pada Galaxy Tab S8 Ultra. Kerana sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel pandangan kali pertama Galaxy Tab S8 Ultra. Baca artikel di bawah.

[UNBOXING] SAMSUNG Galaxy Tab S8 Ultra, Tablet Dan Komputer Riba Jadi Satu?

Skrin Super Besar

Adakah skrin besar bermakna baik? Kerana ini adalah tablet yang dibuat oleh Samsung, tidak ada keraguan tentang kualiti. Menggabungkan panel Super AMOLED dengan resolusi 1848 x 2960 menjadikan imej tajam, walaupun ketumpatan piksel lebih rendah daripada saudaranya Tab S8+. Refresh rate 120Hz menjadikan pengalaman navigasi begitu lancar.

Samsung turut menyediakan beberapa pilihan tetapan skrin yang membuatkan mata selesa apabila menggunakan Tab S8 Ultra pada waktu malam.  Malah tidak kurang menariknya dengan bezel yang nipis. Ia memberikan kesan yang lebih mengasyikkan apabila menikmati kandungan di Netflix, Youtube dan perkhidmatan penstriman lain.

Beralih kepada bunyi, Samsung meletakkan empat pembesar suara dengan sentuhan AKG. Bunyinya bukan sahaja kuat, tetapi juga jelas jadi anda tidak perlu menetapkannya kepada volum maksimum untuk didengari oleh telinga. Lebih-lebih lagi, apabila ciri Dolby Atmos dihidupkan, ia berasa lebih memuaskan deria pendengaran.

Produktiviti

Salah satu kelebihan Galaxy Tab S8 Ultra yang mungkin tidak ada pada tablet lain ialah produktiviti. Samsung mempersembahkan Samsung DeX yang boleh menjadikan tablet ini sebagai komputer riba. Bukan itu sahaja, apabila disambungkan ke monitor luaran, Tab S8 Ultra serta-merta berubah seperti desktop.

Dengan Samsung DeX kami diberikan antara muka seperti Windows. Ini menjadikan multitasking lebih mudah, kerana aplikasi dipaparkan dalam bentuk tetingkap yang boleh dilaraskan saiznya, malah tahap ketelusan juga dilaraskan. Di samping itu, ia boleh membuka dua aplikasi bersebelahan, dan kerana skrin yang besar, setiap tetingkap kelihatan selesa pada mata.

Seperti peranti Samsung yang lain, terdapat Link To Windows. Ciri ini membolehkan saya mengakses dan menjalankan aplikasi pada Galaxy Tab S8 Ultra pada desktop Windows atau skrin komputer riba, dan juga memindahkan fail.

Jika anda memerlukan komputer riba yang memerlukan monitor luaran, Galaxy S8 Ultra ini boleh digunakan. Hanya sambungkan komputer riba ke tablet, kemudian pada panel pemberitahuan pilih pilihan Skrin Kedua.

Untuk meningkatkan produktiviti pada tablet ini, Samsung telah melengkapkannya dengan keyboard case. Berbeza dengan sebelumnya, keyboard case dilengkapi dengan trackpad.

Kekuncinya selesa digunakan untuk menaip. Kami juga boleh membuat tetapan tablet terus dari butang atas papan kekunci. Ia lebih mudah dengan shortcut keyboard yang mirip seperti komputer riba.

S Pen

Samsung menyediakan S Pen dalam pakej jualan Galaxy Tab S8 Ultra. Stilus ini boleh dicas dengan mudah dengan melekatkannya pada bahagian belakang. Boleh juga dilekatkan pada bahagian atas badan supaya lebih mudah dicapai ketika digunakan.

S Pen mempunyai saiz pensel supaya ia selesa untuk dipegang dan digunakan. Samsung mengatakan lantensinya dinaikkan kepada 2.8ms. Tidak hairanlah apabila ia begitu licin pada skrin.

Tahap tekanan juga sangat baik, kepada mereka yang suka melukis pasti suka. Kita boleh menekan lebih kuat untuk garis tebal, atau menekan lebih lembut untuk garis nipis.

Kamera

Walaupun kamera bukanlah sesuatu yang kita utamakan dalam pembelian sesebuah tablet namun Samsung menyematkan empat kamera, masing-masing dua di hadapan dan belakang.

Kamera di bahagian belakang terdiri daripada kamera lebar 13 MP dan kamera ultra lebar 6 MP. Di bahagian hadapan, terdapat kamera ultra lebar 12 MP dan lebar 12 MP. Beberapa ciri kamera yang disediakan oleh Samsung termasuk Auto Framing, Single Take, Pro Mode dan Night Mode.

Keupayaan kamera Galaxy Tab S8 Ultra tidak mengecewakan

Prestasi

Galaxy Tab S8 Ultra dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 1. Ia adalah cipset terpantas untuk peranti Android. Samsung juga membenamkan 12 GB RAM di dalamnya. Dengan berbekalkan kecanggihan ini, segala tugas berat boleh dihabiskan, baik aplikasi penyuntingan video mahupun bermain game.

Bateri

Dengan kapasiti 11,200 mAh, ini adalah bateri terbesar yang telah dibenamkan Samsung dalam peranti mudah alihnya. Apabila digunakan untuk bekerja, bateri Galaxy Tab S8 Ultra boleh menyokong hampir 10 jam. Samsung menyediakan sokongan untuk pengecasan pantas 45W dan sangat pantai untuk mengecas penuh.

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra benar-benar tablet yanh besar. Bukan sahaja saiznya, ia juga  mempunyai prestasi yang pantas.

Skrin yang luas dan menawan digabungkan dengan pembesar suara yang berkuasa adalah modal yang sempurna untuk menikmati kandungan yang menyenangkan mata dan telinga. Bermain permainan juga tidak kurang menariknya, tetapi anda perlu menggunakan pengawal untuk selesa ketika bertanding. Saya sangat suka dengan ciri DeX , serta S Pen yang membantu melancarkan kerja. Dan terdapat banyak ciri lain yang menjadikan tablet ini hampir sempurna.

Untuk harga, berikut ialah harga rasmi untuk siri Galaxy Tab S8 di Malaysia:

  • Samsung Galaxy Tab S8 (WiFi) – RM3,299
  • Samsung Galaxy Tab S8+ (WiFi) – RM4,599
  • Samsung Galaxy Tab S8 Ultra (WiFi) – RM5,899

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini, layari laman web Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy S8 Ultra
https://lomp.at/kxrs3
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut

by Phic ARMAN
September 9, 2025

Setiap tahun, Samsung memang pandai main tarik tali dengan peminat. Kali ini, masuk pula edisi Fan Edition, Samsung Galaxy S25 FE....

Read more
Teknologi

[REVIEW] HONOR X9d 5G: Bila Phone RM1.5k Nampak Macam RM4k

MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian....

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Teknologi

Samsung Galaxy Tab S11 & S11 Ultra Dilancar, Ini Senarai Harga di Malaysia

Samsung baru sahaja memperkenalkan siri tablet terbaharu mereka, Galaxy Tab S11 dan Galaxy Tab S11 Ultra. Malaysia turut menjadi antara...

Read more
by Phic ARMAN
September 4, 2025
Teknologi

Google Menyenaraikan Content Forum dalam Memperkukuhkan Keselamatan Dalam Talian di Malaysia

Google baru-baru ini mengumumkan penyertaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) dalam Program Priority Flagger Google dan YouTube....

Read more
by Aphit J.
July 26, 2025
Automotif

MURAI Pandu Uji DENZA D9 Dari KL Ke Penang: Banyak Tanya Soalan Panas’, Ini DENZA Jawab!

MURAI berpeluang ‘test drive’ DENZA D9 selama 2 hari 1 malam dari Kuala Lumpur ke Penang. MPV elektrik mewah ni...

Read more
by Murai MY Newsdesk
October 16, 2025
Teknologi

Hands-On: Samsung Galaxy Watch8, Lebih Nipis, Lebih Pintar, Lebih Bergaya

MURAI berpeluang menerima satu unit Samsung Galaxy Watch8 44mm, dan jujurnya… selepas hanya tiga hari memakainya, jam pintar ini bukan...

Read more
by Phic ARMAN
September 1, 2025
Teknologi

PRISM+ Umum Pelancaran Luna Eco & Nexa Series, Tampil dengan Harga Mampu Milik dan Ciri Pintar

MURAI tak boleh duduk diam bila dengar berita panas dari dunia teknologi rumah pintar. Kali ni, PRISM+  jenama yang kita...

Read more
by Phic ARMAN
July 24, 2025
Teknologi

[REVIEW] 8 Sebab Galaxy Z Fold7 Buat MURAI Terpikat, Dari Skrin Besar Hingga AI Gemini Yang Padu

MURAI berpeluang mencuba unit pinjaman SAMSUNG Galaxy Z Fold7 dalam warna Blue Shadow, dan wow… ini memang model yang buat...

Read more
by Phic ARMAN
September 19, 2025
Teknologi

Peluang Emas untuk Rakyat Selangor! Alibaba Cloud Buka Jalan untuk Kuasai Teknologi AI

Selangor kini melangkah lebih jauh dalam dunia digital apabila Alibaba Cloud, salah satu penyedia teknologi awan terkemuka dunia, telah diiktiraf...

Read more
by Aphit J.
August 16, 2025
Teknologi

Pelajar, Pekerja & Content Creator… Wajib Tengok Tablet HUAWEI Terbaharu Ini

HUAWEI sekali lagi membuktikan mereka serius dalam dunia tablet dengan memperkenalkan MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Rekaan nipis hanya 6.1mm...

Read more
by Phic ARMAN
August 19, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem