Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Ridz Okumura Dedah Cerita Sebenar Insiden Kematian Isterinya, Akiko-“Abang Nampak Arwah Dah Jatuh Kat Bawah..”

by Naddy Joe
March 5, 2025
Share on Facebook

Usahawan terkenal, Ridzokumura tampil bersuara selepas tular insiden seorang wanita warga Jepun yang maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, di sini pada akhir Februari lalu.

Menerusi sesi live di TikTok, Ridzokumura atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib menceritakan bahawa dia pada mulanya terdengar bunyi dentuman yang kuat sekitar jam 1 atau 2.00 pagi seolah-olah berlaku kemalangan di kawasan kediamannya di Subang Jaya.

“Lepas Sky tidur, abang ada terdengar kat luar bunyi macam dentuman. Tapi sebab rumah abang ni tepi highway .

Selalunya kalau abang dengar bunyi macam tu, abang memang akan panggil isteri abang untuk tengok, tetapi malam itu macam tak ada rasa nak panggil dia.

Abang terus tidur, lepas tu bangun dari tidur seperti biasa waktu Sky mahu bersiap ke sekolah.”-kongsi Ridzokumura

“Abang Nampak Arwah Dah Jatuh Kat Bawah…”

Walaubagaimanapun, dia mula berasa hairan kerana anak lelakinya, Sky mula mencari seluar disebabkan kebiasaannya arwah isterinya akan membuat persiapan serta kelengkapan awal. Malah, sarapan juga tidak tersedia di atas meja.

Namun, luluh hatinya apabila melihat arwah isterinya terjatuh dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

“Sky cari seluar dia, tak jumpa. Selalu mak dia akan prepare everything. Abang keluar bilik ke meja makan, takde breakfast. So, abang jadi confuse, dah rasa tak sedap hati.

Abang pergi kat bilik sebelah, abang tengok jendela bilik abang dah terbuka. Abang lari ke bilik air utama, panjat dan tengok ke bawah. Abang nampak arwah dah jatuh kat bawah.  Arwah jatuh dekat tanah, bukan dekat batu.

Sky Masih Dalam Keadaan Trauma

Tambahnya lagi, dia mengakui anak lelakinya, Sky Taizo Okumura kini berada dalam keadaan trauma dan sering menangis mengenangkan insiden yang berlaku.

“Sky kejap boleh terima, kejap menangis. Sampai hari ini, dia trauma. Abang risau Sky pergi sekolah nanti orang cakap macam ini, macam itu.

Abang minta jasa baik korang, berilah semangat kepada abang, berilah semangat kepada Sky..”-kata Ridz Okumura lagi

@ridz_okumura02

Selamat pagi semua!! Boss kita dah buat statement ini pagi!! #ridzokumura #akiko #skytaizo #viral #akikookumura #new #berita #beritatiktok #fyp #malaysiatiktok

♬ original sound – Ridz Okumura – Ridz Okumura

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah…

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur
Akiko Okumuraridzokumura
https://lomp.at/uasoh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara