Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Riezman Khizaimi Menangis Ziarah Pusara Zara Qairina, Pesan Jangan Politikkan Isu Keadilan

by Puteri Alia
September 12, 2025
Share on Facebook

Berkunjung ke Sabah untuk mempromosikan filem terbaharu berjudul Tembuni Berdarah, pelakon Riezman Khizaimi tidak melepaskan peluang menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang. Riezman, 55, yang turut ditemani Ahmad Idham dan Sophia Albarakbah, berkata perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sipitang yang mengambil masa tiga jam tidak menjadi halangan apabila hatinya benar-benar tergerak untuk menziarahi remaja berusia 13 tahun itu.

Menurut Riezman, suasana di tanah perkuburan tersebut cukup menyentuh hati sehingga membuatkannya sebak dan menitiskan air mata meskipun tidak pernah bersua muka dengan Allahyarham. Katanya, sebaik sahaja tiba di kawasan berkenaan, perasaan sayu terus menyelubungi diri, malah sebelum melihat pusara lagi sudah terasa meremang bulu roma. Saat berdiri di hadapan pusara Zara, dia mengakui emosinya tidak dapat dibendung dan menangis kerana merasakan seolah-olah berhadapan dengan kehilangan anak sendiri, lebih-lebih lagi apabila dia juga mempunyai anak seusia remaja itu.

Pelakon filem Impak Maksima 2 itu turut berkongsi nasihat kepada penduduk Sabah agar terus memperjuangkan keadilan buat arwah tanpa melibatkan sebarang unsur politik. Baginya, usaha mencari kebenaran seharusnya kekal fokus kepada persoalan utama iaitu bagaimana insiden tragis itu boleh berlaku, dan bukan dijadikan modal untuk perbezaan pandangan terhadap pemerintah. Jelasnya, kematian Zara Qairina wajar dijadikan pengajaran untuk semua, kerana setiap kejadian pasti ada hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT.

Zara Qairina sebelum ini ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Papar sekitar jam 4 pagi, 16 Julai lalu. Remaja itu kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 11 pagi keesokan harinya, sekali gus meninggalkan pelbagai persoalan yang masih diperkatakan hingga kini.

Riezman Khizaimi
https://lomp.at/oct7x
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara