Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rihana Petra Balas Komen Netizen, Minta Pulangkan Duit Kepada Rakyat Malaysia

Kerana menetap di Kota London, Rihana ingin menjual kereta mewahnya yang berada di Moscow

by Puteri Alia
September 28, 2022
via Instagram Rihana Petra

via Instagram Rihana Petra

Share on Facebook

Bekas Ratu Cantik sensasi Rusia, Rihana Oksana Petra nampaknya terbang ke Krakow, Poland baru-baru ini bercuti di bandar penuh bersejarah dan budaya era renaissance.

Porche Cayenne Untuk Dijual

Murai MY menjengah ke Instagram Rihana, di mana dalam muatnaik terkininya menjelaskan dia ingin menjual kereta mewah jenama Porche Cayenne yang ditinggalkannya di Moscow, Russia.

Menurut coretan yang ditulis ibu tunggal ini, dia menjelaskan oleh kerana jarang kembali ke negara kelahirannya itu Rihana membuat keputusan untuk menjual kenderaan tersebut.

Menurut Rihana lagi, salah satu sebab dia ingin melepaskan kereta tersebut adalah kerana tempat memandu dalam kereta tersebut adalah pada sebelah kiri di mana agak berbahaya buatnya jika ingin memandu di Kota London.

“Kawan-kawan, saya buat keputusan dah tiba masanya untuk saya jual kereta saya. Saya jarang datang ke Moscow, tapi untuk hantar kereta di UK, anda perlu membayar cukai yang sangat besar di mana tak berbaloi dengan harga kereta yang sama di London.

Jadi, sebab utama adalah kerana stereng kenderaan berada di sebelah kiri, di mana tak selesa dan tidak selalunya selamat untuk memandu di London.” Tulis Rihana

via Instagram Rihana Petra
via Instagram Rihana Petra
via Instagram Rihana Petra

Pulang Duit Pada Rakyat Malaysia?

Melihat muatnaik tersebut ada warganet yang memberi komen menyarankan setelah Rihana menjual kereta mewah tersebut, wang hasil jualan kenderaan berkenaan diberikan kepada rakyat Malaysia yang bayar cukai pada bekas suaminya.

“Jual dan bagi balik pada rakyat Malaysia yang miskin bayar cukai pada Sultan.” Komen warganet

Rihana yang melihat komen tersebut memberi respon dengan komen balas yang ringkas kepada individu berkenaan.

“Sultan anda tidak membayar untuk kereta ini, tapi sangat kesal mendengar.” Balas Rihana

via Instagram Rihana Petra

View this post on Instagram

A post shared by Oxana Gorbatenko (@rihanapetra)

Dalam entri yang ditulis Rihana, kereta tersebut di beli pada bulan November tahun 2018 dan keadaan kereta mewah tersebut masih baik dengan rekaan dalaman yang elegan.

[VIDEO] Kenapa Rihana Petra 'Delete' Semua Gambar Anaknya, Ismail Leon Petra?
Rihana Oksana GorbatenkoRihana PetraSultan KelantanSultan Muhammad V
https://lomp.at/f1jrq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara