• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Seakan Tempias Bintang Paling Popular, Usahawan Ini Terkejut Nama Syarikat ‘Dipetik’ Rina Harun

Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara

by Khai Azfar
November 18, 2021
Share on Facebook

Siapa yang tak teruja, apabila nama sendiri ‘dilambung tinggi’ di Dewan Rakyat oleh menteri terkenal. Itu yang dilalui  oleh syarikat RichWorks International Sdn. Bhd apabila disebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di persidangan Dewan Rakyat pada 16 November lalu.

Peluang Keemasan

Seperti mendapat tempias glamor memenangi trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ibaratnya, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, menyifatkan bukan senang untuk mendapat publisiti percuma seperti itu walaupun hanya seketika.

“Sesuatu yang kami tak pernah jangkakan apabila menteri yang bersidang di Dewan Rakyat memetik dan memuji RichWorks.

“Kami sangat merendah diri dan teruja dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana kemampuan dan kredibiliti  yang dizahirkan selama ini melahirkan ribuan golongan usahawan dan jutawan dari ‘zero’  hingga berjaya. Pujian itu bukanlah ruang untuk mendabik dada.

“Tapi ia jadi suntikan semangat untuk terus melakukan apa yang sentiasa diperjuangkan sejak 2008. Ia sekali gus mendokong aspirasi Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana,” katanya.

Rina Puji

Terdahulu,  Rina mengiktiraf RichWorks yang bertindak sebagai syarikat bimbingan dan latihan keusahawan terbesar negara sebagai penganjur bagi program Wanita Bangkit Berniaga di bawah inisiatif Wanita Bangkit kementerian.

Rina menegaskan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita di bawah kementerian bersama RichWorks dalam usaha membantu golongan wanita tempatan itu tidak melibatkan sebarang kos kepada pihaknya.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 hingga 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Rina berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program dianjurkan ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya.

Untuk info, jumlah pendaftaran telah mencapai 25,962 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita Peserta juga berpeluang mendapatkan 47,000 naskah buku terbaru bertajuk, 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation secara percuma.

Buku yang menyusur kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu. Pendaftaran juga masih dibuka buat mereka yang berminat khususnya wanita.

Rina Harun
https://lomp.at/fa4gv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

[VIDEO] Tengku Hassanal Beramah Mesra Dengan Pelajar SPM-“First Time Nampak Tengku Ketawa Besar”

by Noah Ab
October 20, 2025

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Tengku Hassanal yang beramah mesra dengan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Peminat Tegur Leona Di Highway, Buatkan Netizen Terhibur-“Jangan Kacau Dia HAHA”

by Noah Ab
October 22, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Leona di sapa peminatnya ketika beliau sedang memandu di jalan raya. https://www.tiktok.com/@leonathe2nd/video/7563608278488403220?_t=ZS-90jifIDd5t9&_r=1 Rata-rata...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Anak Aliff Syukri, Baem Tunjuk Bakat Buat ‘Scramble Egg’-“Nampak Sedap”

by Noah Ab
November 26, 2025

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan anak lelaki kepada pempengaruh dan usahawan malaysia Aliff Syukri iaitu Baem yang membuat...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

by Noah Ab
October 23, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan yang bergurau mengenakan adik perempuannya dengan mengatakan bahawa jika menjerit didalam...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Gelagat Qadejah ‘Bodek’ Aliff Syukri Beli Emas, Buatkan Netizen Teruja

by Noah Ab
November 10, 2025

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Qadejah dan Datin Shahida yang 'membodek' Aliff Syukri untuk belanja perhiasan emas buat mereka...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    5 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Krismas 2025 Wajib Singgah Di Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore