Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Rindu Nak Bercuti Ke Korea? 7 Restoran Halal Ini Anda Wajib Kena Tahu

by Phic ARMAN
November 30, 2020
Share on Facebook

Rindu nak melancong ke Korea? Tahan sabar sedikit lagi ya! Kita harus akur bahawa sehingga kini, Malaysia terus menutup pintu sempadan sehingga diberitahu kelak, dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, untuk mengubat kerinduan nak melancong tu, tak salah jika kita mula merancang lebih awal perjalanan untuk berkunjung ke Korea Selatan. Mana tahu, tahun 2021  kita semua dah boleh melancong ke luar negara seperti biasa kan?

Ketika anda bosan kena duduk rumah di musim PKP ini, jom kita berkhayal sejenak, mengintip kedai makan menarik di Korea dengan pilihan makanan yang dijamin halal.

Pulau Jeju

VIA Korea Tourism Organisation

1. Daewonga

Sekiranya anda berada di Jeju, makanan yang wajib anda cuba adalah makanan laut. Kalau anda nak tahu, itu adalah makanan istimewa mereka. Di Daewonga, mereka menyajikan rebusan makanan laut yang sedap dan lebih seronok dapat makan bersama dengan geng-geng travel anda.

Di Daewongaanda, anda patut cuba haemul jeongol atau steamboat makanan laut mereka. Harganya dalam sekitar KRW60,000 atau lebih kurang RM200. Steamboat ini disedia dengan makanan laut seperti abalone, kerang, ketam dan sotong semuanya dalam satu periuk dengan kuah kimchi.

Daewonga adalah salah satu restoran yang mesra Muslim di Jeju, dan disokong oleh Jeju Tourism Organization. Jadi, anda boleh menunaikan solat di sini!

Seoul

Restoran Kampungku (Myeongdong) VIA Trazy.com

2. Restoran Kampungku (Myeongdong):

Restoran Kampungku menyajikan masakan gabungan selera Korea & Malaysia, yang pastinya dijamin halal. Tukang masaknya adalah seorang Muslim.

Dolsot Bibimbap di Kampungku mungkin kelihatan sedikit berbeza tetapi asasnya masih sama. Gabungan antara nasi, daging dan sayur-sayuran. Masukkan sedikit sos dan kacau semuanya! Restoran ini juga menyediakan ruang solat yang berasingan untuk pengunjung Muslim.

Manis Kitchen, VIA Korma

3. Manis Kitchen (berhampiran Seoul Central Mosque)

Manis Kitchen berhampiran pintu utama Seoul Central Mosque di Usadan-ro 10gil, Yongsan-gu. Antara makanan yang disajikan di Manis Kitchen, adalah seperti Toppoki, fish cake, sosej ayam, nasi goreng udang, nasi goreng kimchi, kimbap, dan pelbagai makanan bergoreng.

4. Busan Jib

Restoran ini agak tersembunyi di jalan Myeongdong, Busan Jib menyajikan makanan yang benar-benar menyelerakan. Masakan Korea mereka menggunakan daging yang disahkan halal.

Busan Jib, VIA Trip Advisor

Anda harus mencuba hidangan mereka termasuk rebusan ayam pedas Korea
dan ayam ginseng. Lebih menarik, anda juga boleh membuat Bulgogi anda sendiri di sini!

5. Halal Kitchen Korea

Sekiranya anda ingin mencuba masakan Korea halal autentik yang disediakan oleh Chef Korea, Halal Kitchen Korea adalah tempat yang tepat untuk anda!

Halal Kitchen Korea, VIA Joel Food Adventure

Makanan di sini dimasak oleh orang Korea Muslim, bernama Hassan Lee. Terletak di Bukchon, inilah peluang anda untuk menikmati makanan Korea di sebuah hanok (rumah tradisional Korea)! Pastikan anda mencuba samgyetang mereka (Sup ayam ginseng Korea) dan daging lembu bugolgi (barbeque Korea) semasa anda berada di sana.

Pulau Nami

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal semasa anda menghabiskan masa seharian di Pulau Nami!

6. Dongmun (atau Dongmoon)

Dongmoon, Foto: Trazy.com

Restoran yang disahkan halal ini hadir dengan menu yang merangkumi selera Korea dan hidangan Asia Tenggara.

Bayangkan anda menikmati Dakgalbi Pedas (ayam bakar) bersama sayur dan nasi, nasi goreng, atau sup bihun udang Thai yang pedas untuk memberi anda tenaga sepanjang hari menjelajah dan bersiar-siar di Pulau Nami! Terliur tak?

Jajangmyeon (mi sos kacang hitam dengan daging lembu) adalah salah satu hidangan istimewa mereka. Tak sah kalau tak mencubanya jika sudah sampai di sini.

Gangwon

7. Namiok-Chuncheon:

Namiok-Chuncheon, Foto: Korea Color

Restoran ini terkenal dengan hidangan dakgalbi (ayam pedas) dan Namiok yang semestinya dari ayam yang disahkan halal. Anda juga disyorkan untuk mencuba hidangan lain seperti Beoseot Jeongol (rebusan cendawan), Ojingeo Bokkeum (sotong goreng), dan Yache Bokkeumbap (nasi goreng sayur).

Untuk memudahkan lagi perjalanan anda ke Korea Selatan kelak, anda boleh menggunakan ejen pelancongan yang berpengalaman besar dalam sektor pelancongan dan terjamin selamat. Lagi-lagi untuk mendapatkan makanan halal, kami cadangkan anda mendapatkan khidmat dari Sedunia Travel Muslim, di mana mereka banyak menyediakan Pakej Mesra Muslim.

Sedunia Travel yang bekerjasama dengan Korea Tourism Organization adalah sebuah syarikat pelancongan yang sangat berpengalaman dalam menawarkan pakej pelancongan sejak tahun 1976 di seluruh Asia hingga ke Eropah.

Mereka ada menyediakan promosi untuk percutian ke Korea Selatan menerusi kempen Sedunia Travel Online Fair yang bermula pada 30 November hingga 6 Disember 2020.

Menarik bukan? Kalau anda berminat untuk mendapatkan mana-mana pakej, tempahan boleh dibuat melalui tempahan laman web, e-mel di contact@sedunia.com.my atau hubungi di talian 03 2148 4566.  Anda juga boleh berkunjung ke laman sesawang rasmi Sedunia Travel.

https://lomp.at/84j6j
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara