• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rita Rudaini Tertanya Netizen Larang Apple Beri Sumbangan Banjir Melalui Kerajaan

Rita seolah-olah memerli netizen yang telah lupa akan budi kerajaan

by Naddy Joe
December 24, 2021
Share on Facebook

Pelakon, Rita Rudaini tampil mempersoalkan tindakan netizen yang tidak membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook untuk menghantar sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia melalui kerajaan.

Perli Netizen Lupa Budi Kerajaan

Menerusi hantaran di Insta Stories, Rita seolah-olah memerli netizen yang telah lupa akan budi kerajaan yang telah memberikan pelbagai kesenangan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Bukan ke korang sokong sangat kerajaan? Eh? Tak bagus ke kerajaan sekarang ni?

“Jangan lupa pulak budi kerajaan bagi kesenangan kat korang lepas terima vaksin..Kerajaan bawak masuk vaksin untuk korang sihat.”- tulis Rita

Tambah Rita lagi, mereka yang tidak menyokong pihak kerajaan sebelum ini telah hilang punca pendapatan dan tidak dapat menikmat pelbagai kemudahan yang disediakan.

“Kami yang tak sokong kerajaan ini hilang punca pendapatan, ditarik kemudahan. Tak boleh sedut udara sama-sama korang sebab membahayakan orang awam. Kenapa nak betray kerajaan?”- soal Rita

CEO Apple Mahu Beri Sumbangan Pada Malaysia & Filipina

Untuk info, beberapa hari yang lalu,Timmengumumkan mereka akan menghantar bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat banjir dan Taufan Rai.

Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH

— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021

“Taufan Rai telah menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia- Banyak keluarga telah mengalami kehilangan. Apple akan menyumbang  bantuan, pemulihan, dan usaha pembinaan semua untuk jangka masa panjang.”-Tweet Tim

Tweet Ketua Pegawai Eksekutif Apple itu telah dibanjiri dengan pelbagai komen netizen dari Malaysia dan Filipina yang meminta individu itu untuk tidak menghantar sumbangan dan bantuan melalui kerajaan.

“Jangan sesekali mempercayai bantuan kerajaan Malaysia dengan sebarang bantuan. Sila hubungi NGO yang berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa.”- ciap Netizen

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!-"Masalah Nafkah Ni Dari Zaman Dulu Lagi.."
rita rudainitim cook
https://lomp.at/73cbq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore