Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta

by Nurul A.
January 6, 2026
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @intannajuwa (IG)

Foto - @rizmanruzaini (IG) / @intannajuwa (IG)

76
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas hampir tiga tahun mendiamkan diri kerana menghormati proses undang-undang, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara mengenai kes saman sivil melibatkan suaminya, Dato’ Ahmad Azraf Azman terhadap jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

Memetik beberapa kenyataan di portal media tempatan, kes saman sivil ini difahamkan bermula daripada perjanjian pinjaman bertulis di antara suaminya dan  jenama fesyen terbabit, yang diwakili oleh pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil.

View this post on Instagram

Pihak defendan (Rizman Ruzaini) didakwa telah meminta bantuan kewangan kepada suami pelakon tersebut, namun gagal melunaskan hutang mengikut tempoh yang dipersetujui. Akibatnya, plaintif (Dato’ Ahmad Azraf Azman) terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami (Dato’ Ahmad Azraf Azman).”

Foto – @intannajuwa (IG)

Berdasarkan kongsian Intan di akaun Instagram miliknya, mahkamah membuat keputusan penghakiman terus dan memihak kepada plaintif. Manakala defendan pula diarahkan untuk memenuhi tiga ketetapan seperti:

  1. Melunaskan bayaran wang berjumlah RM1,300,000.00 pada atau sebelum 15 Januari 2026.
  2. Membayar kadar faedah 5% ke atas jumlah RM1,300,000.00 atau bakinya bermula 16 Januari 2026 sehingga selesai.
  3. Perlu membayar kos mahkamah RM15,000.00 kepada plaintif, tertakluk kepada fi alokatur.

Menerusi hantarannya, Intan menegaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat secara berfakta dan berhemah, mengikut keputusan undang-undang yang sah.

Sehingga ke hari ini, pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusan kes saman sivil terbabit.

"Kalau Tak Suka, Jangan Tengok Susu Ibu!"-Intan Najuwa Tegur Kecam Penyusuan Ibu di Media Sosial
dato' ahmad azraf azmanintan najuwarizman nordinRizman Ruzainisuami intan najuwawan mohd ruzaini
https://lomp.at/kmopb
Share30Tweet19SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @yusuf_bahrin (IG)
Lokal

‘Ugut’ Saman Pengguna Threads, Tapi Komen Bekas ‘PA’ Yusuf Bahrin Pula Buat Ramai Terkejut

by Nurul A.
April 3, 2026

Nama aktor Yusuf Bahrin terus menjadi perbualan ramai sejak isu perceraiannya dengan penyanyi Zizi Kirana. Dan kali ini pula melibatkan...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara