Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

by Phic ARMAN
April 9, 2026
Share on Facebook

MURAI perasan sejak kebelakangan ini, ruangan Threads mula dipenuhi dengan luahan pengguna jalan raya yang berkongsi pengalaman sama, RON95 tiba-tiba “hilang” dari beberapa stesen minyak, terutamanya di Shell.

Ada yang benar-benar terkejut sebab ini kali pertama mereka berdepan situasi macam ni.

“Went to Shell Seksyen 1 sebelah UiTM dan Federal Highway untuk isi minyak. Was informed RON95 out of stock. Terperanjat gua. 1st time encounter minyak habis ni. Now nak ke Petronas atau stesen lain. Harap RON95 tak habis,” tulis seorang pengguna.

Bukan satu lokasi saja, malah beberapa kawasan lain turut berkongsi nasib yang sama. Di Putrajaya misalnya, seorang lagi pengguna memberi peringatan awal:

“RON95 kat Shell Presint 16 dah habis, so boleh isi minyak kat tempat lain. Jangan bazirkan lagi minyak tu, terus je cari tempat lain.”

Situasi ini buat ramai mula rasa resah, lebih-lebih lagi bila ada yang mula mempersoalkan sama ada bekalan benar-benar habis atau sebaliknya.

“Anak update Shell depan UPSI RON95 minyak habis. Betul-betul habis atau ada yang sembunyi minyak?” luah seorang lagi pengguna, seolah-olah menyuarakan syak wasangka yang mula timbul dalam kalangan orang ramai.

Namun dalam masa yang sama, kerajaan memberi jaminan bahawa harga dan subsidi masih dikekalkan demi rakyat.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 bersubsidi di bawah Program BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April, walaupun harga runcit tanpa subsidi meningkat kepada RM4.27 seliter.

Untuk diesel pula, harga bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung naik kepada RM6.72 seliter.

Pembelian RON95 RM1.99 Seliter Hanya Guna MyKad, Ini Cara-Caranya!

Malah bermula 1 April, had kelayakan BUDI95 turut diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan, selain pelaksanaan had pengisian diesel bagi membendung ketirisan dan penyeludupan.

Apa yang jelas, walaupun harga masih dikawal, isu bekalan di lapangan mula jadi tanda tanya. Sama ada ia sekadar gangguan sementara atau ada faktor lain di sebaliknya, pengguna kini lebih berjaga-jaga,  siap rancang stesen minyak alternatif sebelum bergerak.

Kalau betul makin banyak stesen kehabisan RON95, ini bukan lagi isu kecil. Harapnya ada penjelasan segera supaya pengguna tak terus tertanya-tanya, sebab bila minyak “hilang”, bukan setakat kereta je tak bergerak, emosi pun boleh sama naik.

Ron95SHell
https://lomp.at/x4vj7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Thread
Sosial Buzz

Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

by Noe
February 26, 2026

Isu makanan bazar sekali lagi mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli popia “Big Mac” berharga...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes...

Read moreDetails
via Pinterest
Sosial Buzz

“Ingatkan Tester, Rupanya Kena Bayar”- Pelajar Kecewa, Netizen Berbelah Bahagi Isu Salah Faham Di Farmasi

by Noe
April 7, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pelajar mendakwa terpaksa membayar hampir RM100 bagi sebuah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

by Noe
April 6, 2026

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Thread daripada seorang pelanggan apabila mendakwa berlaku kesilapan kiraan bil di sebuah premis makanan....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Kalau Dah Terlepas, Batalkan Jelah Ke MyTown”- Netizen Kongsi Pengalaman Dasyat Di Lebuhraya Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Kalau sebut pasal jalan raya di Kuala Lumpur, memang tak sah kalau tak ada cerita “tersalah masuk lorong” yang boleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara