Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Rozi Kongsi Kisah Siti Nurhaliza & Mendiang Chester Bennington Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 2, 2026
Share on Facebook

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, baru-baru ini berkongsi satu memori manis zaman dia terlibat dengan MTV Asia Award pada tahun 2005. Dalam video yang tular, Siti teringat satu kejadian yang buat dia tersenyum sampai sekarang.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak ketika itu ada seorang peminat istimewa yang menghantar sepucuk surat beserta topi ke bilik Siti. Siapa sangka, pemberi itu bukan calang-calang  ia adalah vokalis Linkin Park, mendiang Chester Bennington! Rozi yang masih menyimpan surat itu berkata:

“Rockers tu bagi surat dan topi, vokalis Linkin Park. Surat tu ada lagi, kak Rozi simpan. Tak ingat dia tulis apa tapi hantar sekali dengan topi. Masa tu saya rasa, gila lah dia kasi surat dekat Siti dekat bilik.”

Yang kelakar, Siti sendiri dalam video itu tak ingat nama Chester. Dia secara spontan fikir surat tu datang dari kumpulan Eminem.

YouTube video

Fakta menariknya, Bennington turut menghadiri dan membuat persembahan di MTV Asia Aid 2005 di Bangkok bagi menyokong usaha bantuan tsunami, menunjukkan hubungan rapat band itu dengan peminat Asia.

MTV Asia Aid 2005

Pada masa yang sama, Siti membuat penampilan ikonik di MTV Asia Aid 2005. Beliau diperkenalkan oleh Alicia Keys sebagai “Voice of Asia” dan menyampaikan persembahan lagu “Seindah Biasa” secara langsung, menandakan penampilan terakhir beliau di anugerah tersebut. Tahun itu juga, Siti diiktiraf sebagai artis ke-2 terbaik Asia oleh MTV Asia, mengukuhkan lagi statusnya sebagai ikon muzik serantau.

https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/threadster_lrz4nju3.mp4

Kisah surat dan topi daripada Chester bukan sahaja nostalgia, tapi juga bukti penghargaan dan kasih sayang peminat rock terhadap Siti, bahkan di peringkat antarabangsa. Video ini mendapat perhatian ramai peminat kerana manis, lucu, dan unik  seorang legenda rock menghantar penghargaan kepada biduanita Malaysia.

Siti Nurhaliza terus menjadi ikon yang dekat di hati peminat, bukan sahaja kerana bakat nyanyiannya, tetapi juga kerana kisah-kisah unik dan manis seperti ini yang membuatkan peminat rasa lebih dekat dengannya.

Chester Bennington
https://lomp.at/yi01f
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara