Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Kamera Berpusing Sendiri’- Pengarah Kongsi Pengalaman Seram Sewaktu Babak Ruhainies Pegang Batu Nesan

by Phic ARMAN
July 1, 2022
Share on Facebook

Sudah menjadi kebiasaan, dalam sesebuah pembikinan filem berunsurkan mistik pasti ada cerita seram ketika penggambaran. Begitulah yang terjadi kepada Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal. Pemuda berusia 33 tahun ini mengakui berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem arahannya bertajuk Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Pengarah, Arjin Uppal

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan

Bertanya mengenai pengalaman paling menakutkan, Arjin berkata, dia pernah mengalami perasaan seram  ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.

“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.

“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

Sementara itu, Arjin berkata pengalaman seram turut  dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan,” katanya.

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu.

“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya. Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya.

Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.

Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir. Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

Untuk info Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

YouTube video
Musyrik - Api Neraka Menantimu!ruhainies
https://lomp.at/2ybjj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara