Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Rumah Aktor Kacak India Dipecah Masuk, Peminat Fanatik Tegas Mahu Tinggal Bersama

by Nurul A.
October 28, 2025
Foto - @adityaroykapur (IG)

Foto - @adityaroykapur (IG)

Share on Facebook

Kes pecah masuk di kediaman berprofil tinggi di Mumbai tidak lagi asing. Kali ini kediaman aktor kacak India iaitu Aditya Roy Kapur menjadi tumpuan apabila seorang wanita berusia 47 tahun menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Menurut laporan media India, seorang wanita tidak dikenali, bernama Gazala Jhakaria Siddique, dilaporkan telah memasuki kediaman Aditya Roy Kapur yang terletak di Bandra West. Mengakui dirinya sebagai peminat, wanita itu memberitahu bahawa dia mempunyai hadiah untuk aktor itu dan dia ditahan oleh polis kerana menceroboh semasa ketiadaan Aditya.

View this post on Instagram

A post shared by @adityaroykapur

Menurut laporan polis, wanita tersebut memasuki kediaman Aditya semasa dia berada di set penggambaran. Pembantu rumah Aditya, Sangita Pawar bersendirian di rumah ketika itu. Loceng berbunyi sekitar 6 petang dan wanita itu memberitahu Sangita bahawa dia mempunyai beberapa pakaian dan hadiah untuk Aditya Roy Kapur.

Selepas itu pembantu rumah membenarkan wanita itu masuk ke dalam rumah. Selepas selesai penggambaran, Aditya pulang ke rumah dan terkejut apabila mendapati individu tidak dikenalinya berada dalam kediamannya.

View this post on Instagram

A post shared by @adityaroykapur

Wanita itu cuba mendekati Aditya dan pembantu rumah menasihatinya untuk keluar dari rumah dengan segera. Walaupun diminta untuk keluar, wanita itu menolak sambil menegaskan dia datang dengan niat yang baik, malah menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama aktor itu.

Keadaan menjadi tegang selama hampir 90 minit. Pihak pengurusan kediaman Aditya akhirnya menghubungi polis dari Balai Polis Khar untuk menangani kejadian itu. Polis tiba di tempat kejadian dan segera mengeluarkan wanita itu dari tempat kejadian.

View this post on Instagram

A post shared by @adityaroykapur

Wanita berusia 47 tahun itu memberitahu polis bahawa dia menetap di Dubai dan pergi ke rumah Aditya Roy Kapur kerana dia peminat tegarnya dan dia hanya mahu tinggal bersamanya.

Pihak berkuasa kemudiannya memfailkan laporan rasmi atau FIR (Laporan Maklumat Pertama) terhadap wanita berkenaan kerana didakwa melanggar privasi dan pencerobohan rumah.

aditya roy kapur
https://lomp.at/0ci6b
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @pabloamirul (IG)
Lokal

[VIDEO] Hitung Hari Bahagia, Pablo Amirul Bakal Bergelar Suami Februari Ini

by Nurul A.
January 19, 2026

Pelakon Pablo Amirul mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan berita gembira mengenai perancangan perkahwinannya dengan kekasih, Dr Hana Rose. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara