Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rumah Tangga Nonny Nadirah Berkecai Kurang Setahun Perkahwinan?

by Ayden Mikhael
March 2, 2019
Share on Facebook

Bukan lagi rahsia, akhirnya pelakon Nonny Nadirah mengakui sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi bersama suaminya, Mustain Adnan.

Nonny Nadirah bagaimanapun terpaksa memberitahu kepada masyarakat tentang statusnya itu kerana sering di asak dengan pelbagai persoalan oleh orang-orang sekeliling.

Menurut Nonny, keputusan ini dibuat apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober lalu.

“Tidak timbul isu orang ketiga. Sebaliknya masing-masing berpunca atas kesalahan diri masing-masing. Saya minta maaf, buat sementara waktu saya masih belum bersedia mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah.

“Walaupun bukan ini jalan yang kami mahukan, tapi kami tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. Dan, kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini adalah jalan yang terbaik.” kata Nonny.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Nonny dan bekas suami dihidu oleh peminat apabila mereka memadam kesemua video dan gambar bersama-sama. Malah, Nonny juga dilihat berangkat ke Tanah Suci Makkah tanpa suami disisi sebagai mahram, sebaliknya ditemani oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, pelakon ini redha dengan keputusan yang diambil walaupun usia perkahwinan mereka masih baru. Nonny Nadirah dan Mustain Adnan mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 setelah berkenalan selama 9 tahun.

Bagi pendapat murai.my, sama-samalah kita doakan semoga yang terbaik buat Nonny. Jodoh dan maut itu kan rahsia Allah. Siapa kita untuk terus mempersoalkan, betul tak?

nonny nadirah
https://lomp.at/zsq4x
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara