Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Rumah Tangga Nonny Nadirah Berkecai Kurang Setahun Perkahwinan?

by Ayden Mikhael
March 2, 2019
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan lagi rahsia, akhirnya pelakon Nonny Nadirah mengakui sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi bersama suaminya, Mustain Adnan.

Nonny Nadirah bagaimanapun terpaksa memberitahu kepada masyarakat tentang statusnya itu kerana sering di asak dengan pelbagai persoalan oleh orang-orang sekeliling.

Menurut Nonny, keputusan ini dibuat apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober lalu.

“Tidak timbul isu orang ketiga. Sebaliknya masing-masing berpunca atas kesalahan diri masing-masing. Saya minta maaf, buat sementara waktu saya masih belum bersedia mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah.

“Walaupun bukan ini jalan yang kami mahukan, tapi kami tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. Dan, kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini adalah jalan yang terbaik.” kata Nonny.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Nonny dan bekas suami dihidu oleh peminat apabila mereka memadam kesemua video dan gambar bersama-sama. Malah, Nonny juga dilihat berangkat ke Tanah Suci Makkah tanpa suami disisi sebagai mahram, sebaliknya ditemani oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, pelakon ini redha dengan keputusan yang diambil walaupun usia perkahwinan mereka masih baru. Nonny Nadirah dan Mustain Adnan mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 setelah berkenalan selama 9 tahun.

Bagi pendapat murai.my, sama-samalah kita doakan semoga yang terbaik buat Nonny. Jodoh dan maut itu kan rahsia Allah. Siapa kita untuk terus mempersoalkan, betul tak?

nonny nadirah
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem